Follow Me
Tuesday, December 29, 2009
I'm Back
xtau nak tulis ape.. hehehehe.. sebenarnya rindu menggebu-gebu nak menulis..tetapi dengan bermacam-macam hal yg timbul dan kesibukan melayan kerenah tia yang semakin aktif dan lasak..aku korbankan masa untuk menulis di blog.. tambahan pula cuti sekolah.. time berehat panjang sedikit daripada biasa hehehehe...
Dalam tempoh 2 bulan ni.. macam2 yg berlaku.. kesibukan yg membuatkan aku puas dgn hidup ini.. kesedihan dan keperitan yg menjadikan aku lebih kuat dan tabah... kesengsaraan yg mendekatkan aku dengan Maha Pencipta.. semuanya aku rasakan dalam tempoh ini...
Terima kasih buat kengkawan yg bertanya khabar...Doa kalian buat aku terharu... Semoga hubungan yg terjalin ini akan berterusan hendaknya...
Tuesday, November 3, 2009
Waktu yang Perit
Sebenarnya bukan sengaja xmenulis.. tetapi lepas raya macam2 masalah yang timbul... dugaan..
Bila dah lama xbukak blog.. xbukak facebook...banyak citer yang xtau...Sebenarnya aku tetiba diserang penyakit yang ntah apa puncanya dan xtau apa ubatnya... xtaulah penyait tu datang berturut2 lepas marghrib... bile kena badan jadi seram sejuk dan lemah.. sampai xleh nak jalan.. aku lepak jelah kat umah.. sok pagi blehlah keje cam biasa.. (sebenarnya buat2 sihat)....
Selang beberapa minggu, penyakit yang bertepek kat kaki aku tuh mula menunjukkan belang... membengkak.. menanah.. sampai xleh jalan... sentiasa kena pakai kasut.. kalau pakai selipar alamatnya memang xleh bergerak... air mata yang kuar jangan cakaplah... Dugaan ni datang pada waktu aku benar2 hilang arah... ntah mungkin dalam proses menyucikan dosa...
Buat kawan2 doakan aku sentiasa sihat... moga aku terus tabah menjalani hidup ini.. Amin
Thursday, September 10, 2009
Larut Dalam Kenangan
30 tahun yang lalu... hari ini memberi seribu kegembiraan kepada seluruh keluarga (ye ker? hehehehehe)
Dalam menginjak ke usia dewasa.. pelbagai peristiwa yang aku alami...
Mungkin ramai yang x mengetahui bahawa aku hampir mati lemas di Pangkor 8 tahun yang lalu...
tapi Tuhan masih memberi aku peluang.. dalam masa dibawa arus tu, yang hanya terbayang di mataku hanya wajah emak... terbayang dosa2ku yang tak sempat kucuci.... aku pasrah... aku sempat mengucap dua kalimah syahadah...dalam hatiku hanya berharap.. jika begini matiku.. aku cuma berharap mayatku akan ditemui dan dikebumikan di kampung halamanku... hanya air mata sahaja yang menitis...
Tapi Tuhan sesungguhnya mengujiku... seseorang telah menyelamatkanku... Terima Kasih Tuhan... kerana memberi aku kesempatan untuk melalui saat2 bahagia bersama orang2 yang aku sayangi.....
Moga diusia ini.. aku akan terus matang, dilimpahi dengan rezeki yang halal... dikelilingi orang2 yang aku sayangi... dapat mengurangkan perangai yg xelok dan diganti dengan perangai yang lebih elok... Ameen....
Monday, September 7, 2009
Email Penting
Tetiba aku berasa sangat loya dan geram... korang baca dulu.....
Kepada peminat spegehetti..kena bace ingredients dulu b4 beli….
KHAS BUAT G.B.S.....INGATKAN BARU LA I NAK MASAK MGGU NIE SPEGEHETTI..
TAPI DAH ADA KES MACAM NIE TERBANTUT LA PLAK.......
Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yangdigunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan
mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.
Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..
Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... porkminced meat!
Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.
SemogaAllah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli.Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ .........kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalaumakan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allahandainya makan benda-benda haram.
ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit,saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.
Aku ni dahlah peminat spegetti.. cuma dua tiga tahun kebelakangan ni aku dah xguna PREGO tapi shift to Kimball... tapi adakah aku pernah makan daging b**i itu? Ya Allah ampunkanlah sekiranya aku ada termkn tanpa disedari.... :~
Yang membuat aku geram dan sakit hati.. pihak yg bertanggungjawab mengimport produk ni... nape xdiklasifikasikan sbgai non-halal dan display kat tempat non-halal... tapi biasalah yahudi ni memang nak menyesatkan orang Islam... so, mereka akan cuba buat sehalus-halusnya...Apa yang penting sikap kita... sbb skrg ni.. macam2 produk di pasaran... nak selamat beli yg ada tanda halal or buat original home made resepi... waduhhh.... payahnya... hehehehehehe... so hati2 kengkawan....
Saturday, September 5, 2009
Sakit Kepala
satu perangai aku ni xske mkn panadol.... tp aku rasa mungkin sbb bulan posa ni aku kurang minum air... mudah2an xde pape...
Tuesday, August 25, 2009
Salam Ramadhan
Sebenarnya bukan apa.. cam malas nak updet blog sebab p ni cam lembap sket pastu nak upload gambo2 tia cam lama sangat.. so alamatnya xkosa chek nak tunggu... Lain kalilah...
Bulan posa ni seminggu chek gantung tangan dan periuk.. tumpang periuk mak.. lauk mak masak berselera wooo.. mavles...kalo makan tengahari mesti berganda sedapnya.. hahahaha (acah jer)..
xbeshkan updet blog xde gambo... tapi chek akan usahakan sedaya upayaku.. hehehehehe... ok chiow...
Wednesday, August 12, 2009
Suka Sangat
Aku dah dapat sorang budak part time.. soo, sekarang sudah ada dua.. yeah yeah...
so petang ni bleh gi jenjalan kejap melepaskan tensen...
yeah yeah...
dari pagi aku dah train budak tu so, ptg nanti mesti dah xpert sketkan..
so keje2 aku bakal dialihkan ke dia... suka suka.... besh..besh...
means.. kalau aku dah xpenat.. ABBM dapat ku habiskan dengan jayanya.. mudah2an.. apa yang dirancang berjalan dengan baik...AMIN
Belum Terlaksana
Hajatku untuk bermadu kasih ngan Adam, lelaki berwajah beku a.k.a Warren Buffet celup belum tercapai...
Hajatku nak berangan menjadi Laura gadis sempoi yang berbaju kurung berkasut kanvas belum tercapai...
Semuanya gara-gara... AKU TERTIDO LAGI ....
dan seperti biasa.. che nafis akan mengalihkan Adam dari dakapanku... syahdu tul...
Tuesday, August 11, 2009
Impianku Bakal Terlaksana
Tunggu nanti aku updet buku ni kat bookish's mini library okey...
Xpernah buku NB berada lama ditangan tapi xsempat baca... first time tau... sadis sungguh.. tiap mlm che nafis dok tolong alihkan buku tu dari dakapanku...dah seminggu tido dalam dakapan Adam... hahahaha... jgn mara....tapi xabis baca aku dah dibawa oleh Adam ke dunia fantasi... huhuhuhu.. hinggalah ke subuh hari... moga hari ni mata aku mampu bertahan... ok.. aku nak siap2 balik... bye...
Friday, August 7, 2009
Rindunya Aku
Rindunya aku...
- nak bemalas2 kat umah....
- nak g shopping...
- nak gi dating....
- nak updet blog...
- nak menceceh ngan kengkawan...
- nak surf internet 24 jam sehari hahahaha...
- semuanya aku rindu...
Disebabkan dua minggu berturut2 staff aku benti terpaksalah semua kerja aku buat...
korang bayangkanlah....
- aku dengan kepohnya terpaksa menjaga kedai bersama che nafis dan si tia yang sangat 'rajin' ehmmm... sangatlah 'gembira' ibarat one happy family... hahahaha...
- aku dengan kepohnya jaga kaunter ngan fotostat sambil dukung tia bagi memastikan dia xterlebih 'rajin' mengemas semua rak yang ada... huhuhu letihhhhnya..
- aku anak beranak tido mlm macam orang pengsan kerana kepenatan yang teramat....
- aku anak beranak bertunggu tangga kat kedai selama 14jam sehari... semua kat kedai... aduhhh boring sungguh...
harap2 sume ini akan cepat2 berakhir sebab .....
- aku rindu nak makan dalam keadaan tenang dan gumbira... kunyah segala makanan ikut sunnah 44kali... (menunjukkan makan perlahan2)
- aku rindu nak melayan tia yang semakin membesar.. sian kat dia.. sumenya jadi huru hara.. dah xde masa bawak dia g playground petang2, tengok 'kokok' kat reban jiran mak aku..., naik motor ronda2keliling taman...
Tapi...
SETIAP APA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.. aku kena selalu positif...
ALLAH bagi ujian kepada hamba-Nya sebab DIA tahu hamba itu boleh menghadapinya...
YEAHHH Keluarga nafis BOLEH ...=D
Friday, July 31, 2009
Terimalah Hakikat
Terimalah hakikat bahawa aku memang seorang yg susah untuk berubah..
Terimalah hakikat bahawa aku ini seorang yang lantang menyuarakan pendapat..
Terimalah hakikat bahawa aku nampak kuat tapi jiwaku sangat rapuh...
Terimalah hakikat aku ingin pengertianmu...
Terimalah hakikat bahawa apa yang ku buat ini adalah untuk mempertahankan sebuah harga diri..
Terimalah hakikat bahawa aku tak ingin melihat anak bangsaku lalai dan cuai...
Terimalah hakikat bahawa apa yang ku buat ini kerana aku ingin berjaya...
Terimalah hakikat bahawa aku sayang kamu dan mereka semua...
Tapi...
Jika kamu tidak dapat menerima hakikat ini..
Aku tidak dapat berbuat apa-apa...kerana satu hari nanti kamu semua akan faham hakikat sebenarnya...
Bagiku tiada siapa yang boleh memperkotak katikkan maruahku krn aku manusia biasa yang ada harga diri...
Aku tidak marah kamu dan mereka...jika kamu semua tidak memahami diriku.. sebab aku ini orang yg bervisi.. selagi ada peluang.. selagi ada nyawa.. selagi ALLAH mengizinkan aku akan terus berjuang.... kerana ini adalah titik tolak kehidupanku...
Emosi Aku
kes ni dah 5 tahun lepas berlaku, tapi belum jatuh2 hukum... bayangkanlah kalau kanak-kanak tuh hidup tentu sudah pergi sekolah.. macam2 jenis manusia yang ada di mukabumi Allah ni.. sehinggakan tergamak membunuh nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
Mungkin normallah kalau anak nakal, kita mencubit mereka..akupun kadang2 mencubit Tia.. tetapi masakan dicubit atau terjatuh boleh menyebabkan hati dan usus kecil pecah..
aduh!! betapa menderitanya sikecil itu..
Aku berharap sangat si pendera itu dapat dijatuhkan hukuman sewajarnya, agar nasib si kecil itu terbela...
Tetiba terfikir sejenak... Orang cakap anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibu bapanya dipintu syurga.. tapi kalau ibu bapa yg menyebabkan kematiannya atau membunuhnya.. agak2 dia tunggu tak..? Allahualam...
Thursday, July 30, 2009
Bantu Saya Membuat Keputusan
aku sebenarnya dalam dilema.. korang taukan aku menyusukan tia.. sekarang tia dah berumur 1thn 3bln dan semakin kuat menyusu.. kengkadang aku rasa cam dia buat cam minum air kotak.. minum sket.. borak2 .. tgk sana sini.. cakap2.. pastu sedut lagi.. kengkadang hangin gak aku.. kengkadang kelakar dengan kerenahnya..
Masalahnya sekarang ialah.. bulan depan dah masuk bulan puasa.. tahun lepas je dekat 7hari aku tuang puasa sebab tak tahan.. maklumlah badan aku ni dahlah 'kuruih' dia sekali sedut terus kering ngan kulit2 sekali... aku dahlah jenis spesies yg kuat makan.. huwaa... aku memang azam tahun ni nak posa penuh.. dan dalam masa yang sama tak abaikan keperluan dia.. memanglah umur cam tia tuh sepatutnya dah makan.. dan minum susu formula.. makan oklah selera cam orang tua.. madang western2 je dia mau.. huhuhu.. tpi tang susu memang dia cari cap mak dia juga...
Apa ek aku nak buat.. takkan aku sanggup nak biar dia melalak sepanjang hari.. kalau ada idea sharelah ngan aku.. aku memang buntu nih...
Saturday, July 25, 2009
Patutlah....
Akhirnya aku mengetahui punca sebenar kesakitan tia.. yang menyebabkan dia menangis sepanjang masa... Rupa-rupanya tia nak tumbuh gigi geraham.. bukan satu, bukan dua.. tapi empat batang sekaligus.. atas, bawah, kiri, kanan.. patutlah dia xmo makan.. menolak semua mknan yang masuk dalam mulutnya.. Patutlah dia asik nak menyusu dan berkepit saja ngan aku dan aku terpaksalah bukak kafe 24jam.. rupa2nya dia lapar.. patutlah dia asik nak menggigit semua orang macam drakula kcik.. rupa2nya gusi dia gatal.. patutlah dia xmo tido dlm buai.. sbb dia dalam kesakitan...
Kesian tia.. orang tumbuh satu2 gigi.. awak tumbuh sekaligus.. xpelah nanti awak lagi cepat dapat mkn dengan banyak.. dapat gigit ayam... hehehehe.. bila selera makan bertambah.. berat badan bleh naik.. xdelah awak punya berat badan di bawah PAR.. hahaha tetiap bulan kena gi klinik...Ibu tau awak mesti rasa xselesa.. tapi ia akan kembali normal jangan menangis lagi ye sayang.....
Friday, July 24, 2009
Award From Adik
-Passed-
b)Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
-Seseorang yang saya panggil Adik-Belajar kat Penang-Asal N9-Bakal Jurutera Islam yang berjaya-Anak sulung dalam keluarga-Still single n available (sangat sesuai sbg calon Adik Ipar / menantu) ^_^-
c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.
-Dah kahwin-Ada seorang anak pompuan bernama Nur Fathiyyah-Hobi membaca-Bekerja sendiri-Bershopping boleh menghilangkan stress-Takut pakai contact lens walaupun xsuka pakai cermin mata-Rindu nak tgk wayang :p- Rindu nak g dating-Minat sangat kat Johnny Depp dan Richard Gere-Suka kat suara Akim AF7-
d)yang akan ditag seterusnya
-k.zara-umie-k.sarnia-azie-
Thursday, July 23, 2009
Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit.......
Korang rasa camne?
Situasi 1
Ada sorang kawan yang korang tolong sewaktu kesusahan... waktu benar2 susah korang tolong dia segalanya... dari A sampai Z.. tiba-tiba dia hilang camtu jer... kemudian dia dtg kembali dengan kesusahan yg sama... korang tolong lagi... tiba2 dia tackle laki korang? Apa korang rasa?
Situasi 2
Orang kepercayaan korang tiba-tiba hilang camtu jer.. lepas korang cam dah syak dia buat sesuatu yg xbaik seperti menikam korang dari belakang.. Korang rasa ape?
Wednesday, July 22, 2009
Semuanya Kerana Tia
Buntu aku kalau tia demam.. dari badan letih bertambah letih... merengek, meragam setiap masa.. kengkadang ragam dia yang macam ni buat aku xtahan... tia memang manja dan sukakan perhatian.. yang paling dia nak waktu ni perhatian aku.. kengkadang aku rasa cam dia berlakon je lebih.. pura2 menyusu tetapi tangan merayap2.. pastu bercakap2.. hemm.... pening kepala aku weh...
Bila badan xsedap.. merengek.. xmo tido.. asal letak je menangis... xlarat rasanya berdukung 24jam... aku sangat2 berharap mudah2an dia cepat sembuh.. Mak aku cakap Tia ni ikut aku.. sakit sket.. tapi berlakon je lebih.. yeker? ntah2 ikut che nafis kot.. hahahaha...
Tuesday, July 21, 2009
Minggu yang Sibuk
Sejak kereta xde ni.. sume benda aku sekeluarga yang kena uruskan.. dari sekecil2 benda hingga sebesar2 benda... rasanya dari hari Jumaat sambung ke hari Isnin aku memang xlekat langsung kat kedai... kena g kota tinggilah.. kena g kluang lah semua tu nak uruskan pasal insurans kereta..... Rutin Tia tidopun lari.. Malam dok kat kedai sampai 3- 4 pagi baru balik umah... nanti pagi2 dah kuar hanta pza g sekolah... warghhhhh badan aku dah sakit2 nak mintak urut... bestnya disaat ni pegi spa.. terlena sewaktu diurut.. nikmatnya.... hahahaha... bilelah masanya akan tiba... masa tuk diri sendiri nipun cam xde...
Ingat nak balik klang.. blehlah menjengah pesta buku selangor kat Shah Alam.. masalahnya kakitangan plak yg xcukup... masalah biasa di pertengahan tahun... huhuhuhu....
Teringat pelawaan k.yati.. sedap gak sambil berborak makan aiskrim ataupun menikmati keenakkan nasi beryani k.ida.. huhuhuhu.. semua itu tinggal anganan belaka... Teringat rindunya kat k.nik dan k.sarnia.. rindu nak berborak... tapi entah bilelah dapat merealisasikannya... Moga waktu itu akan tiba jua... ehmmmm...
Monday, July 20, 2009
Tepukan Amal Islam
Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:
1) COPY gambar amal Islam di bawah .: dah
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. bleh x kalo skip... ehmmm...rasanya dah ramai yang dapat sebab nikan award berantai hahahahaha
Friday, July 17, 2009
Daun Oh Daun
Puas rasanya dapat tunaikan permintaan ayah aku.. Ayah aku ni memang lain sket.. jiwanya sangat sensitif dan halus.. jiwa seni katakan... (awa blehlah ko menuntut ngan dia.. :p) Dia memang kontra ngan mak.. mak bukak fist page je cam nak pitam... hahahaha..aura sasteranya sangat kuat... Aku kalau Salina tu aku gagahkan gak baca... tapi nak mengulang baca berpinar gak biji mata... puing2... kalau Zara Aluwi ker (bleh tahan sasteranya), HabiburRahman ker, Ramli Awang Murshid, H.M. Tuah, NorZailina Nordin, (sekadar beberapa nama) masih bleh tahanlah.....
Tapi bagi aku.. xsemestinya novel yg menggunakan bahasa yg ringan itu dikategorikan novel picisan.. Aku xsetuju sama sekali... klik sini . Sebab bagi aku, bukan hanya DBP saja yang mengeluarkan novel2 bermutu... tapi karya pop dari publisher pop juga ada yg bermutu.. Tapi aku ni bukanlah orang yg layak untuk memberi komen.. sbb aku ni hanyalah pembaca dan pemerhati.. tapi sekadar pandangan orang kecil seperti aku.. aku tidak membaca buku2 sastera yang sangat ttinggi bahasanya.. tapi mungkin orang melabel karya picisan adalah karya yg hanya berkisar tentang cinta semata.. tanpa ada pengisian lain.. tapi bukahkah cinta itu sebahagian dari realiti kehidupan..? bagi aku plot cinta itu tidak salah tapi tidaklah sampai mengagung2kan cinta umpama Shah Jehan dan Mumtaz..
Kengkadang aku terfikir.. adakah buku yang berlambak2 di rak buku ku itu semua karya picisan? bukan aku mengatakan aku tidak pernah membeli karya picisan.. pernah.. sewaktu minat membaca aku baru bermula.. sekadar buku genre remaja.. tapi melabel semua buku yg menyenangkan pembaca sebagai karya picisan adalah tidak adil... Bagi aku, kita tidak perlu menggunakan bahasa sastera yang berat sekiranya kita ingin mengenalkan buku kepada masyarakat kita.. tapi memadailah buku itu menggunakan bahasa yang mudah dan boleh difahami oleh pembaca tapi masih tidak lari dari nahu dan bahasa yang betul... xguna kita sibuk mengatakan novel yang tinggi nilai sasteranya tapi ia dicedok ataupun diadaptasi dari bahasa luar seperti indonesia khususnya...
Aku mengikuti perkembangan novel terbitan CESB lagi.. dari kertas cetakan berwarna kuning lagi.. sehingga sekarang aku xjemu membaca buku novel2 tu sebab bagi aku kebanyakan buku-buku terbitan CESB banyak yang berkualiti.. tapi lain padang, lain belalang, lain orang, lain pandangannya. Tepuk dada tanya selera..
KEPADA PENULIS-PENULIS KESAYANGAN AKU.. TERUSLAH BERKARYA BAGI MENGHASILKAN KARYA YANG BERKUALITI.. AKU SENTIASA MENYOKONG KALIAN SEMUA..
ALL THE BEST!!
Thursday, July 16, 2009
Emosikah Aku?
Rasa ini terlalu payah untuk diluahkan.... Emosikah aku sekiranya aku menangis, apabila hati berasa sakit..? Jahatkah aku sekiranya aku berkata-kata untuk mempertahankan diri? Mampukah aku untuk bertahan andai orang memperlekehkan usahaku? Tegarkah aku untuk berbakti pada yang tidak tahu menghargai?
Wednesday, July 15, 2009
Tag From K.Sarnia
These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.-OK
2. Select the 6th photo in that folder. -OK
3. Post that photo along with the story behind it.-
Nampak sangatlah aku ni dah lama xambik gambo.. ni gambo bln 4 yg lepas 18/4 semasa PESTA BUKU KL kat PWTC.. gambar NB tgh sain signature tuk aku.. sambil berbual2 mesra.. cheewah.. Macam Mimpi jer...
.4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!
xtau nak tag sape... macam xde orang je yg nak jawab tag... :(.. sume orang bz...
Teman Tapi Mesra
(dah mintak kebenaran tau!!)
Korang rasa salah x kalau perempuan atau lelaki punya teman tapi mesra.. percaya x pada perhubungan platonik? (perhubungan antara lelaki dan perempuan, tanpa apa2 perasaan selain daripada sayang seorang sahabat) chewaah dah macam novel TEGUH karya NB plak... hehehehe...
Ntah ye bagi aku.. teman tapi mesra yang dimulakan sewaktu kita solo rasanya xde masalah jika kita tau batasannya bila kita dah kawen... dan dia dah kawen... one more thing, partner kitapun tau ngan sape kita berkawan...
Aku ada sorang teman tapi mesra.. sebenarnya aku kawan ngan dia memang dah lama.. rasanya dah 10tahun kalau xsilap.. Perkenalan dari zaman belajar2 hinggalah sekarang.. dari sebelum aku berkawan rapat ngan suami aku lagi.. aku panggil dia WAK.. yang kelakarnya aku kenal dia waktu zaman aku gila chatting.. maklumlah budak2.. walaupun aku dah kawan ngan dia.. aku xberani bagi no phone kat dia.. hinggalah satu hari dia mintak sbb nak jumpa aku.. kebetulan dia nak blk johor..dia tu orang batu pahat, sebelah kg ngan ayah.. borak ngan dia memang xkering gusi... ketawa jer..
WAK ni sebenarnya dah ada girlfren dok kg sebelah.. bercinta dari zaman sekolah lagi.. tapi relation diorang selalu on off.. Aku ngan dia memang ngam sebagai sahabat.. tapi xde chemistry tuk bercinta.. sbb bagi aku hidup ngan dia memang xpernah series.. lawak memanjang... kalau aku sedih.. dia aku cari.. kalau aku happy dia aku cari.. kalau aku sakit dia aku cari.. pendek kata sume dia..
TETAPI.....
xsume orang percaya pada persahabatan kami... maksud aku, pasangan dia .. memang cemburu sangat ngan aku.. sehinggakan dia sanggup memberi pilihan kepada WAK sama ada pilih aku ataupun dia... sedihnya aku... sbb antara aku ngan WAK memang rapat.. pernah aku ponteng kelas masa study kat shah alam naik bas pertama ke Johor.. semata2 sbb dia tgh bersedih.. tgh ada problem.. dan balik semula ke shah alam naik bas terakhir kul 12tgh mlm... wduhh melebih penangan orang bercinta... hinggakan kengkawan aku ingat kami benar2 bercinta... tapi bukan aku nak mengelak.. tapi itu hakikatnnya AKU TAKDE PERASAAN YG LEBIH KAT DIA.. Demi kegembiraan WAK aku sanggup mengundurkan diri.. aku xmau aku jadi batu penghalang kisah cinta diorang.. Aku pernah dimaki hanya sebab WAK save no phone aku kat dlm hp dia.. sejak tu WAK selalu save nama aku ngan nma lelaki.. ntah nama sape2 jer .. suka2 dia jer.. :)
Tapi WAK still call aku dan sesekali msg.. dia ckp bukan niat nak tipu bini tapi nak jaga keharmonian umah tangga.. dan kalau diberi peluang.. aku teringin nak berkawan ngan wife dia sepertimana Che Nafis boleh terima WAK tapi belum ada rezeki.. mungkin satu hari nanti... akan aku tunggu detik itu.. sbb aku sayang dgn persahabatan ini..
Hari ni baru aku tahu.. kita sebenarnya sedara.. walaupun sedara jauh... Ko ingat ko bleh lari jadi sedara aku hahahahaha....
Hari ni Besday WAK.. aku wish HAPPY BIRTHDAY...( Hari ni umo aku sama ngan ko ) walaupun aku tua dari ko... :p..
Tuesday, July 14, 2009
Award From Kak Sarnia
Sila copy paste award ini di blog anda:
ok, dah buat dah pun...
2. Sila copy paste award ini di side bar blog anda.
dah buat dah...
3. Passkan kepada 5 rakan anda:
Sape nak angkat kaki.. heheheehe.. kite nak bagi award ni pada..
1. Kak Nik
2. Umie
3. Kak Idasm
4. Che Awa Chantek
5. Maity
Monday, July 13, 2009
Malang Tak Berbau
Alkisahnya begini.. Aku singgah kedai jap nak ambik segala hal2 yang berkaitan dengan interview tuh.. disebabkan xde parking che nafis telah parking dibahu jalan.. oklahkan.. sebab ramai gak orang yang parking.. Bile keadaan lengang, Che nafis suruhlah aku park dpn kedai.. kebetulan adik akupun ada.. dalam 10-15min kemudian sedang kitorang bz2 kat dalam kedai.. tetiba DUMM!!! bunyi yg sangat kuat dan dasyat.. huhuhu ..aku terus berdebar2 dan jengah kat depan kedai.. YA ALLAH keta aku... :( memang dasyatlah sebab kiri kanan kena.. rupa2nya Pakistan yang bawak..
Che nafis kuar.. muka cool jekan.. masalahnya keta aku memang dah teruk gilelah.. dahlah keta beralih posisi.. hentam kat tank minyak.. tayar dah masuk dalam.. sebelah kereta kelisa kena gak tempias.. bumper belakang ngan tayar teruk.. Korang bayangkanlah kalau sampai keta proton yang besi padu tuh boleh terpeleot.. punyalah kuat.. apatah lagi keta waja ngan kelisa yang besi biasa2 jer... bincang punya bincang kul 1ptg xsettle lagi.. orang dah ramai kerumun.. Ayah aku dah datanglah...
Yang kelakarnya Pakistan tu bleh plak bagi choice kat kitorang.. bukan kitorang yg bagi choice kat dia.. ini sape yg langgar sape nih.. bleh plakkan... oklah xkesahlahkan Mula2 nak settle tepi.. ada pakistan karpet sebelah kedai aku tuh dok pujuk settle luar sbb pakistan yg bawak keta tu xde lesen.. ketapun baru beli semalam.. oklah kan.. ayah aku mintak RM5000 sbb memang dah teruk giler.. kalau ketukpun memang xsenonohlah.. pintu blkg 2 2 rosak.. kiri kanan... bumper blkg... tank minyak lagi.. dia cakap nak bayar bulan2... hello!!!! ingat jual karpet ker? utang bayar bulan2... last2 kitorang report je.. polis trafik dtg saman pakistan tu.. then towman bawak towing car tarik keta aku g bengkel.. sadis.. claim insurans keta pakistan tu lah... banyak woo dia bayar... dua2 keta lak tuh.. campur keta dia lagi... hangus duit...
Petang tuh g wat repot kat balai.. pakistan tu kebetulan report dulu.. dia jeling je kat aku ngan tia.. lantaklah bukan kitorang ada marah2 diapun... just bincang... tengok cam xpuas ati plak kan...Dahlah wat report tipu.. cakap terlanggar sket.. sbb nak parking... banyaklah dia.. dah tau kawasan taman bawak siap drift2 cam kat litar plakkan... Sendri mau ingatlah... Lu pikirlah Sendiri
Walau apapun aku tetap bersyukur.. kerana pada waktu itu.. kami sume xde dlm keta.. xdpt aku bayangkan kalau kitorang ada dlm keta.. sebab aku biasanya kalau mak aku ada.. aku memang dok blkg driver.. huhhuhhu Alhamdulillah ALLAH masih melindungiku.. Semoga DIA akan terus melindungiku... AMIN..
So interview aku ditangguhkan esok kul 8.00pagi.. sebenarnya nak petang tapi bile dia tanya aku dalam blur2 terjawab pagi... hadoiii dahlah kul 8.00pagi.. nak anto puteri raja tuh g sekolah kul 7.00pagi.. nak sampai jb kul bape?.. ehmm... apa2hal moga segalanya berjalan lancar...AMIN
Sunday, July 12, 2009
Interview
Masalahnya.. bukan sebab rasa xyakin ngan diri sendiri tapi lebih pada penampilan diri.. maklumlah kalau orang cantik ni peluang dia lebih sket.. Tapi so far interview yang aku pegi kebanyakannya xpandang rupa paras sangat.. kalau xkesian gak kat aku ni.. Harap interview esok berjalan dgn lancar... Korang doakan tau.. :)
Teringat kisah seorang teman.. Dia memang pandai every sem 3pointer.. dari diploma sampailah degree xpernah mengecewakan.. aktif pun aktif gak.. kalau setakat nak berdebat tentang sesuatu topik nii memanglah xda masalah.. tapi apa yang menyedihkan.. dia adalah mangsa keadaan..Interview xpernah dapat.. kalau sekali dua memaanglah bukan rezeki dia.. tapi dah berpuluh rasanya.. jawatan yg guna SPM pun xpernah sangkut.. kengkadang kesian dengan dia.. sebabnya.. dia bukan seorang yang cantik sangat.. lebih kurang akulah.. cuma dia tu versi berisi aku ni versi kurus.. Last2 dia ambik keputusan sambung KPLI so skrg Alhamdulillah.. dah jadi cikgupun.. walaupun itu bukan cita2 asalnya...
Macam2 ragam orang ni.. kengkadang orang yg xberapa layak tuh senang je dapat.. tapi orang yg betul2 layak susah sangat nak dapat... tapi xsemua orang cantik tu xlayak dan yg xcantik tu xlayak.. tapi tepuk dada tanya selera....
Thursday, July 9, 2009
Blur......
Mak aku sempat lagi sound.. semalam dah janji nak anto dia gi Taib Andak umah ma ayah dia merangkap ayahwe ngan makwe aku.. sibuk nak nganto durianlah, jagunglah, tempoyaklah.. macam2... maklumlah hasil dari kebun sendri... Akupun bincang2 lebih kurang dalam dah lambat tuh.. cakap kena pegi pagi2.. sebab aku ada keje nak buat kat kedai... mak aku on jelah..
Tiba kat skolah pza, jam dah kul 7.20am.. maklumlah jarak umah ngan skola jauh gak.. kalau merempitpun kurang2 10-15min gak.. tapi adik aku mmg cool aku kalau dulu lambat sah2 kecut perut.. ingat dia plg lambat.. ramai lagi yg lambat.. so, kalau pk2 what for skolah start awal??? ntahlah.. silap2 separuh nama budak kat skolah tuh ada dlm buku pengawas... ntah2 pengawaspun lambat heheheheh
Aku balik umah sewa jap mandikan tia pastu ambik mak aku.. Sampai je terus borak2 cam xingat dunia yg ayah aku tinggal sorang kat umah jaga kedai.. adik aku g kl ada course.. tgk2 jam dah kul 10am.. pelagi terus je salam2 balik... Elok je sampai halfway makcik aku call.. "han, bag tinggal ni..." perghhh haru giler... sume dalam tuh plak . ngan cheque book, hp (plg penting tuh) dan segala khazanah alam dalam bag doraemon tuh... apsal plak aku xingat yg aku ada bwk beg ni... " xpelah mak jah, ptg nanti han ambik.." jauh gak tuh dlm 40min lah... tapi ptg tuh betul2 xsempat nak mencelah... aku hidup satu hari tanpa hp.. blurrr giler... cam terputus ngan dunia luar.. walaupun selalu hp tuh termissed call... Esok barulah aku bertemu semula dgn hp aku... sian orang yg call aku... mesti pk ntah manelah aku letak hp aku tuh.... Mudah2an xda call yg penting...
Wednesday, July 8, 2009
Seminggu yang Pelik
Seminggu ni hati aku cam kena sembur2 dgn che nafis hehehehe... malas nak gi jenjalan.. nak dok kedai jer..xelah aku merengek rengek cam biasa bila agak agak 2 3 hari dok kedai jer... xkuarpun xpe... lagi suka...che nafis ajak gi shopping kat jusco time Mega Salepun malas no nak g.. konfius I.. Che nafis mengucap panjang bersyukur sangat isterinya dah xske shopping hhahahha.. yeker aku dah berubah... cop cop pk jap...
ehmmmm.... aku rasa aku dah diracun ni... xpernah rasa camni ni.. ishh mesti keje che nafis hehehehehehe...
tpi rasa rasa minggu ni je kot duit dia selamat.. minggu depan belum tau lagi. hahahahahaha... (gelak jahat) tunggu ye wahai suamiku.... hehehehehehe
Tuesday, July 7, 2009
Hakikat Sebuah Kehidupan....
tapi skrg aku setelah aku keje.. jumpa pelbagai jenis orang.. aku mengakui sedikit demi sedikit.. kawan2 itu xde... kawan yang waktu dahulu memang kamceng.. tdo sebantal.. makan sepinggan hilang macam ribut.. SMS xberbalas... call xberjawab... sumenya hilang camtu jer.. (takut aku pinjam duit dorang kot.. hahahahaha)
Semakin diri aku sibuk dengan kerja yang xabis2 semakin kawan2 menjauh.. (aku yang menjauh ke kengkawan???? xdapat aku nak pastikan...) akhirnya aku back to nature.. kengkawan aku hanyalah keluarga aku.... sesekali melayan kawan di blog... yang sudi berkawan denganku... (Terima Kasih) sesekali menjengah facebook yang agak bersawang kutinggalkan...
Tapi yang pasti aku xsabar untuk 2nd reunion yang dirancang bersama ex-SMKABP moga aku diberi kesempatan untuk menyertainya... Amin...
Sunday, July 5, 2009
Tia Injured...
Bersalahnya aku bile melihat darah menitis2 dari tangannya.. Aku jadi xtentu arah dan panik kejap.. Lari g ambik minyak gamat.. lari g ambik kain...
Sebenarnya Che Nafis tengah menyiapkan trofi untuk adik aku tuk projek PSV dia.. then, Che Nafis xperasan pisau tu jatuh kat lantai... Aku ngeri nak tengok luka yang dalam tuh.. letak minyak gamat.. mungkin pedih.. meraung2 dia.. sian sangat...
Terasa bersalah sangat dia injured... sebab kecuaian aku ngan Che Nafis dia jadi mangsa... Mudah2an benda2 sebegini xkan berlaku lagi...
Aku sure sangat bukan mak ngan ayah aku je yang akan bebel aku.. tapi korangpun mesti bebel kat aku... :( aku tau aku salah.... sob..sob..sob...
Friday, July 3, 2009
Pelik Tapi Benar
Aku xtaulah kat tempat lain berlaku x macam ni..
Dalam 2bulan ni dah dekat 5 orang pekerja yang aku ambil tapi lari camtu je lepas 2 3 hari keje... aku xpahamlah budak2 sekarang... lainlah ko ada kelulusan yang tinggi2 ni setakat SPM jer.. nak keje cam kat opis.. keje kat kedai standardlah... takkan nak gaji sampai 1000++ .. lainlah ko expert aku xdelah ralat nak bayar mahal2... ntahlah.. sindrom malas keje ngan xdapat nak sesuaikan diri dengan tempat keje kot... tapi kalau keje takat 8jam sehari gaji RM500 korang rasa berbaloi ke x? dengan kawasan kampung / luar bandar.. makan mak bapak tanggung.. pegi balik mak bapak ambik.. ntahlah ek..
Aku cakap camni sebab ada sorang budak aku dulu, sanggup ulang alik dari bandar ke umah dia naik motor.. perjalanan ambik masa 1jam lebih.. keje 8pagi 7 mlm.. keje kedai fotostat.. (sah2 xdapat duduk), keje ngan cina.. tempat solatpun xde sediakan, rehat sekali.. gaji RM500.. Tapi dia still xmo keje ngan aku.. reasonnya sebab aku xcuti hari Ahad.. maklumlah budak2 muda remaja belia ni hari Ahad tu kan Hari Dating Sedunia.... ntahlahkan... bak kata Nabil "Lu Pikirlah Sendiri"
Hari ni sorang lagi benti tanpa call dan msg... ntah apalah masalahnya.. nak kata mulut aku ni lancang sangat.. xdelah.. tegur manja2 tu adalah... Sebab bagi aku teguran tu penting... sebab kalau xtegur sampai bila2 kita xtau cara yang betul... betul x?
Kalau xmo keje yang biasa2 belajar rajin2... barulah dapat jadi boss... :)
Thursday, July 2, 2009
Mr. P yang Dah x Menyakitkan
Tapi dah takdir Tuhan, walaupun kita elak macammana sekalipun.. kalau dah tersurat kita perlu hadapinya... satu hari dia datang anto surat.. xde sape nak g ambil surat so, akupun kuar dgn rasa berdebar-debar.. tapi sempat lagi senyum kat dia.. tupun senyum takut2.. ahaks..
Pastu diapun tanya aku..
Mr.P : Kat kedai awak ada buat rubber stamp x?
Aku : Ada...
Mr.P : Berapa harga?
Aku : Tengok saizlah...
Mr.P : Xpelah.. petang nanti saya datang.. rubber stamp kat PO tu sume dah rosak getahnya..
Aku : Boleh datanglah...
Mr. P : Ok Petang nanti saya datang...
Aku masuk dengan senyuman meleret2 sampai Che nafis pelik.. aku cakap Mr.P dah lupakan sengketa antara aku ngan dia.. hehehehheee.. Syukur Alhamdulillah.. Aku dah x fobia lagi dengan Mr. P
Tuesday, June 30, 2009
Skuad Batman
Alahai Emak....
Kengkadang aku rasa cam bersalah sangat kat mak.. sbb aku jarang ada masa yang banyak tuk dengar keluh kesah hatinya.. walaupun kitorang serumah.. pagi2 aku dah kuar.. kalau ada masa aku baliklah petang.. mengenangkan mak ngan ayah selalu nak main ngan Tia.. pastu malam aku gi kedai balik, kengkadang 1, 2 pagi baru balik...
Aku sedar pengorbanan mak pada kami adik beradik memang aku xmampu balas.. bayangkanlah mak sanggup mlm2 dok uli roti canai bila semua anak2 dia balik sbb dia tau anak2nya suka makan.. esok pagi2.. lepas subuh terus je mencanai.. tapi mane anak2 dia.. lepas subuh dok masuk lagi dalam selimut.. nanti kul 8 kul 9 baru bangun..
Aku kengkadang selalu terpikir.. mak selalu cakap xde sorangpun anak2 dia yang mewarisi ilmu buat roti canai.. manalah tau waktu dia dah xkuat teringin makan roti canai.. anak2 dia belikan je kat kedai mamak sebab xpandai buat.. Betul jugak orang kata.. Seorang Ibu mampu menjaga hati anak-anak.. tapi seorang anak belum tentu mampu nak jaga mak sorang...
Aku memang xterbalas segala jasa mak.. tapi apa yang aku mampu buat.. aku berharap dapat menggembirakan hati mak walaupun sebesar kuman atau sebesar gajah permintaannya akan aku cuba tunaikan sekiranya mampu... Semoga Allah mempermudahkan segala usaha aku untuk membahagiakan mak... Amin....
Friday, June 26, 2009
MINI LIBRARY's BOOKISH
So, aku dengan rajinnya telah buat blog baru yang dinamakan MINI LIBRARY's BOOKISH.. rasanya kalau nak update.. hari2 cam nak update sbb stok buku memang melambak.. tapi bab nak menyusun ayat tu yg payah.. hehehehehe.. tapi aku akan cuba sekerap mungkin updet blog ni...
Kalau rajin singgahlah blog ni..
Wednesday, June 24, 2009
Keluar Dari Zon Selesa
Selama 6 bulan berada dalam zon selesa maklumlah dah melatih pekerja separuh mahir tiba2 sekelip mata budak2 tu dapat sambung belajar..tapi benda ni memang aku dah sedia maklum..adat kedai cam bookish ni.. pekerja datang dan pergi cam angin lalu.. keje sehari pastu cabutpun ada.. itu yg sehari... yg setengah haripun ada.. (macam2). Kerja kat kedai cam bookish ni memanglah xglamer... kengkadang ada orang malu.. lainlah keje kat Pasaraya... bila masa interview berpusu2 orang dtg... xpelah... cabaran utama aku pada waktu sekarang ni.. mungkin ada hikmahnya di penghujung episod nanti..
Tapi aku bersyukurlah jugak.. didalam keserabutan kepala yang melanda.. Tia dah mula paham bila aku cakap dan pesan.. lagipun aku dah setup masa tido dan masa main dia..So far.. Alhamdulillahlah.. sebab dia bleh ikut schedule tu...Kalau ikutkan sekarang ni dia dah xbanyak kerenah.. sbb dia dah makin besar kot.. Kadang2 kesian gak sebab tempat main dia agak terhad.. tapi aku akan berusaha lebih gigih untuk kumpul duit buat playland dia.. Moga rezeki aku makin murah... Amin...Korang doakan tau...:)
Sunday, June 21, 2009
Terima Kasih Adik2Ku
Buat Atiqah & Farqhana...
Moga terus success dalam pelajaran.. belajar rajin2.. awak adalah harapan ibu dan keluarga untuk mengubah kehidupan awak sekeluarga ke tahap yang lebih baik... Jadi contoh pada adik..
Dan yang paling penting.. mesti fokus.. jangan careless...ingat apa yang akak dan abang pesan sepanjang awak kerja di bookish...
Sekiranya ada kesalahan dan teguran yang menyakitkan hati selama ini akak dan abang minta maaf... Terima Kasih segalanya...
Saturday, June 20, 2009
Lelaki-Lelaki Istimewa dalam Hidupku
Merekalah antara lelaki2 istimewa dalam hidup saya.. Tiada kata2 yang dapat menggambarkan betapa saya menyayangi mereka bertiga...
Ayah, adalah lelaki pertama yang kita kenali apabila kita melangkah ke dunia ini.. Pada dialah saya bergantung dan meminta pandangan.. saya adik beradik (terutamanya perempuan) memang manja dengan ayah.. sebab tu kami xboleh kena marah dengan ayah mesti merajuk dan menangis walaupun teguran2 biasa jer..
Walaupun ayah hanya bekerja sebagai Peneroka Felda tapi dia mempunyai pengetahuan am yang tinggi. Ceritalah apa sahaja topik dari hiburan, kartun, politik, sastera hingga ekonomi global dan sukan semuanya dia boleh.. kadang2 malu juga saya sebagai orang muda xsehebat pengetahuannya.. Kata orang, berbaloi kalau ayah beli suratkhabar.. dia akan baca dari kulit ke kulit.. hehehehehhe....
Betapa istimewanya ayah.. SELAMAT HARI BAPA, ayah!!!
Suami saya, MOHD NAFIS memang insan teristimewa..Andai ditakdirkan jodoh saya dan dia tidak panjang, saya memang tidak akan berjumpa lelaki seistimewa dia.. pelbagai pengorbanan yang dia lakukan untuk saya.. Saya benar2 terharu saat saya dalam pantang selepas bersalimkan Fathiyyah.. dialah yang memandikan, mengurut, menyapu param ke badan saya selama 40hari.. Walaupun sibuk urusan di kedai.. dia masih sempat balik untuk menyiapkan saya.. Tia memang beruntung mendapat ayah sepertinya.. kerana dia sanggup melayan kerenah tia yang macam2 tuh (saya? kengkadang memang xterlayan). Terima Kasih Che Nafis kerana banyak membantu Che Dhan selama ni dan pada masa akan datang... SELAMAT HARI BAPA, Che Nafis!!!
Walaupun papa mertua saya ini pendiam sket ngan saya tapi dia seorang yang benar2 bertanggungjawab.. Berulang alik setiap hari sabtu setiap minggu dari Lumut ke Klang merupakan sesuatu perkara yang memenatkan lagi2 di usia emas. Tapi kerana niat untuk bersama keluarga setiap hujung minggu maka papa sanggup berbuat demikian.. itu xtermasuk menyediakan hidangan tengahari pada hari Ahad.. Perghh memang btul2 rajinlah.. Petang Ahad dah nak travel lagi balik Lumut.. Kalau orang lain lom tentu sanggup... Tapi itulah aktiviti papa setiap minggu.. SELAMAT HARI BAPA, Papa!!!!!