Puas rasanya dapat tunaikan permintaan ayah aku.. Ayah aku ni memang lain sket.. jiwanya sangat sensitif dan halus.. jiwa seni katakan... (awa blehlah ko menuntut ngan dia.. :p) Dia memang kontra ngan mak.. mak bukak fist page je cam nak pitam... hahahaha..aura sasteranya sangat kuat... Aku kalau Salina tu aku gagahkan gak baca... tapi nak mengulang baca berpinar gak biji mata... puing2... kalau Zara Aluwi ker (bleh tahan sasteranya), HabiburRahman ker, Ramli Awang Murshid, H.M. Tuah, NorZailina Nordin, (sekadar beberapa nama) masih bleh tahanlah.....
Tapi bagi aku.. xsemestinya novel yg menggunakan bahasa yg ringan itu dikategorikan novel picisan.. Aku xsetuju sama sekali... klik sini . Sebab bagi aku, bukan hanya DBP saja yang mengeluarkan novel2 bermutu... tapi karya pop dari publisher pop juga ada yg bermutu.. Tapi aku ni bukanlah orang yg layak untuk memberi komen.. sbb aku ni hanyalah pembaca dan pemerhati.. tapi sekadar pandangan orang kecil seperti aku.. aku tidak membaca buku2 sastera yang sangat ttinggi bahasanya.. tapi mungkin orang melabel karya picisan adalah karya yg hanya berkisar tentang cinta semata.. tanpa ada pengisian lain.. tapi bukahkah cinta itu sebahagian dari realiti kehidupan..? bagi aku plot cinta itu tidak salah tapi tidaklah sampai mengagung2kan cinta umpama Shah Jehan dan Mumtaz..
Kengkadang aku terfikir.. adakah buku yang berlambak2 di rak buku ku itu semua karya picisan? bukan aku mengatakan aku tidak pernah membeli karya picisan.. pernah.. sewaktu minat membaca aku baru bermula.. sekadar buku genre remaja.. tapi melabel semua buku yg menyenangkan pembaca sebagai karya picisan adalah tidak adil... Bagi aku, kita tidak perlu menggunakan bahasa sastera yang berat sekiranya kita ingin mengenalkan buku kepada masyarakat kita.. tapi memadailah buku itu menggunakan bahasa yang mudah dan boleh difahami oleh pembaca tapi masih tidak lari dari nahu dan bahasa yang betul... xguna kita sibuk mengatakan novel yang tinggi nilai sasteranya tapi ia dicedok ataupun diadaptasi dari bahasa luar seperti indonesia khususnya...
Aku mengikuti perkembangan novel terbitan CESB lagi.. dari kertas cetakan berwarna kuning lagi.. sehingga sekarang aku xjemu membaca buku novel2 tu sebab bagi aku kebanyakan buku-buku terbitan CESB banyak yang berkualiti.. tapi lain padang, lain belalang, lain orang, lain pandangannya. Tepuk dada tanya selera..
KEPADA PENULIS-PENULIS KESAYANGAN AKU.. TERUSLAH BERKARYA BAGI MENGHASILKAN KARYA YANG BERKUALITI.. AKU SENTIASA MENYOKONG KALIAN SEMUA..
ALL THE BEST!!
3 comments:
agaknya buku bertajuk daun tu.. berkisar pasal apa yea..
kdg2 sastera ni simbolik. namanya daun.. tp isinya belum tentu pasal daun ..
han, ko cari buku DBP apasal tak cari kat kedai DBP kat Larkin Perdana? kalau tak pon online semua ada kat sini http://www.dawama.com/ beli online dapat 20% diskaun, boleh la untuk cover kos pos.
memang banyak salah sangka antara peminat karya pop dan peminat karya sastera. orang sangka bahasa sastera tinggi sangat la, semua pakai tersiratla dan mcm2 lagi. susah nak fahamla, beratla dan macam2 lagi.
aku dah lama nak tulis isu ni di blog, tapi belum kesempatan lagi
pop atau tidak pop sesuatu naskah bukan ditentukan oleh penerbitnya. itu tanggapan yang 100% salah. CESB adalah penerbit tersohor sejak lama. CESB banyak menerbitkan karya2 hebat tokoh2 sastera seperti Abdul Talib Hassan, Hasanuddin Mat Isa, A Samad Ismail dan Faisal Tehrani.
Alaf 21 yang terkenal dengan novel pop juga ada menerbitkan karya Azizi hj Abdullah dan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.
Post a Comment