Rasa ini terlalu payah untuk diluahkan.... Emosikah aku sekiranya aku menangis, apabila hati berasa sakit..? Jahatkah aku sekiranya aku berkata-kata untuk mempertahankan diri? Mampukah aku untuk bertahan andai orang memperlekehkan usahaku? Tegarkah aku untuk berbakti pada yang tidak tahu menghargai?
Kadang-kadang aku berfikir benarlah orang bijak pandai menyatakan Hanya Pada-NYA lah kita bersandar.. kerana DIA tidak akan membiarkan hambaNYA terkapai-kapai..
SYAITAN!!! nyah kau dari hatiku.. jgn kau cuba membisikkan kata-kata jahat yang akan merosakkan hubunganku sesama manusia... Semoga Aku sentiasa dilindungi ALLAH dari bujukan SYAITAN DURJANA....
3 comments:
apa masalahnya dhan.. cuba bawa bertenang... baca yasin byk2.. insyaallah semua yg susah akan jadi mudah...
dhan..
jom kita lepak2 makan aiskrim, makan apa2 yang dhan suka..akak belanja..satay kajang ke..atau nasi beryani kat restoran ida..
pedulikan apa kata orang, asalkan apa dhan buat tu betul ..ALLAH ada ngan dhan..
salam kak..
saya mungkin bukan seorang yang pandai melunakkan hati seseorang dengan kata-kata..namun saya doakan semoga akak dimudahkan dalam setiap urusan..
Janganlah meminta diringankan ujian sebaliknya pintalah agar dikuatkan iman untuk menempuhi ujian itu.
Sesungguhnya ALLAH sedang berbicara kepada kita tentang sabar dan ikhlas...
La Tahzan..Innallaha ma'ana (jangan bersedih...sesungguhnya Allah bersama kita :At-taubah:40)
Post a Comment