Follow Me

Tuesday, June 30, 2009

Skuad Batman

Hujung minggu aritu aku memang betul2 kesian kat che nafis.. bertungkus lumus membersihkan atas syiling rumah kitorang yang dah jadi tempat kelawar membiak.. dari pagi hingga tengahari benti makan tengahari esoknya sambung semula.. nasib baiklah adik aku daus tu menolong.. siap vakum lagi.. tapi yang buat aku cam nak tergelak bila mak membebel2 kat ayah sbb xde orang nak tolong che nafis..
mak: cubalah yang lelaki2 tu tolong nafis bersihkan atas siling tu.. kalau x lagi lambat siap..
sian dia buat sorang2. xsiap2 karang....
ayah: Kawan ni dah tua.. manelah bleh panjat tinggi2.. gayat... (dgn muka sedih..)
mak : kawan bukan suh awak.. awak tu gilah jaga kedai.. biar daus ngan aris yang tolong..
xtahan dengar jawapan ayah aku tuh...aku citer ngan che nafis dia bantai gelak...
Ok, berbalik pasal kelawar ni... dahlah penat2 mengemas taik kelawar yang berlambak tuh ngan siap pasang2 lampu.. tp usaha tu xjalan gak.. kelawar tetap datang bertandang...
Ada kenkawan kat luar sana yang bleh bagi solution sbb kitorang dah buntu dah.. macam2 buat tapi xjugak berkesan.... kalau setakat belerang ngan ubat gegat.. dah berguni dah aku beli... tapi xjadi bendapun.... harap korang dapat bagi idea k....

Alahai Emak....

Lama rasanya xupdet blog.. bukannya bz sangat tapi seminggu dua ni aku rasa cam banyak sangat benda nak buat... selain daripada jalan2 cari pasal.. hehehhee.. saje menggembirakan hati mak aku.. sian kat dia.. dah lama aku xbawak jalan2.. bukan pergi manapun... saje pusing2...
Kengkadang aku rasa cam bersalah sangat kat mak.. sbb aku jarang ada masa yang banyak tuk dengar keluh kesah hatinya.. walaupun kitorang serumah.. pagi2 aku dah kuar.. kalau ada masa aku baliklah petang.. mengenangkan mak ngan ayah selalu nak main ngan Tia.. pastu malam aku gi kedai balik, kengkadang 1, 2 pagi baru balik...
Aku sedar pengorbanan mak pada kami adik beradik memang aku xmampu balas.. bayangkanlah mak sanggup mlm2 dok uli roti canai bila semua anak2 dia balik sbb dia tau anak2nya suka makan.. esok pagi2.. lepas subuh terus je mencanai.. tapi mane anak2 dia.. lepas subuh dok masuk lagi dalam selimut.. nanti kul 8 kul 9 baru bangun..
Aku kengkadang selalu terpikir.. mak selalu cakap xde sorangpun anak2 dia yang mewarisi ilmu buat roti canai.. manalah tau waktu dia dah xkuat teringin makan roti canai.. anak2 dia belikan je kat kedai mamak sebab xpandai buat.. Betul jugak orang kata.. Seorang Ibu mampu menjaga hati anak-anak.. tapi seorang anak belum tentu mampu nak jaga mak sorang...
Aku memang xterbalas segala jasa mak.. tapi apa yang aku mampu buat.. aku berharap dapat menggembirakan hati mak walaupun sebesar kuman atau sebesar gajah permintaannya akan aku cuba tunaikan sekiranya mampu... Semoga Allah mempermudahkan segala usaha aku untuk membahagiakan mak... Amin....

Friday, June 26, 2009

MINI LIBRARY's BOOKISH

2 3 menjak ni gila aku makin menjadi2 bukan giler apa.. giler nak beli buku2 baru.. mungkin sebab Che Nafis semakin memahami minat aku dan juga Tia dah pandai main sendiri dan dok ralit ngan buku2 dia juga....
So, aku dengan rajinnya telah buat blog baru yang dinamakan MINI LIBRARY's BOOKISH.. rasanya kalau nak update.. hari2 cam nak update sbb stok buku memang melambak.. tapi bab nak menyusun ayat tu yg payah.. hehehehehe.. tapi aku akan cuba sekerap mungkin updet blog ni...
Kalau rajin singgahlah blog ni..


Wednesday, June 24, 2009

Keluar Dari Zon Selesa

Wargh..... 2 3 minggu ni aku memanglah agak bz... dengan xde lagi pekerja.. walaupun interview budak dah dekat 10 orang... tapi kebanyakannya tidak menepati kriteria yg aku nak.. (aku nikan cerewet.. huhuhuhu) bukannya apa.. aku xmo nanti mendatangkan masalah dikemudian hari.. yg macam ok.. xmo keje plak.. masing2 sume xsanggup nak keje hari Ahad.. alasan banyak hal.. maklumlah budak2 baru pandai bercinta.. ehmm.. xtaulahkan nak cakap.. mungkin dating tiap2 minggu tu bagi sesetengah orang perkara wajib.. jadi keje ni jatuh no.2.. lainlah keje gomen.. memanglah weekends cuti.. tp dah ko ni apply keje kedai memanglah xleh cuti tiap2 minggu hari Ahad.. ntahlah xpaham aku..
Selama 6 bulan berada dalam zon selesa maklumlah dah melatih pekerja separuh mahir tiba2 sekelip mata budak2 tu dapat sambung belajar..tapi benda ni memang aku dah sedia maklum..adat kedai cam bookish ni.. pekerja datang dan pergi cam angin lalu.. keje sehari pastu cabutpun ada.. itu yg sehari... yg setengah haripun ada.. (macam2). Kerja kat kedai cam bookish ni memanglah xglamer... kengkadang ada orang malu.. lainlah keje kat Pasaraya... bila masa interview berpusu2 orang dtg... xpelah... cabaran utama aku pada waktu sekarang ni.. mungkin ada hikmahnya di penghujung episod nanti..
Tapi aku bersyukurlah jugak.. didalam keserabutan kepala yang melanda.. Tia dah mula paham bila aku cakap dan pesan.. lagipun aku dah setup masa tido dan masa main dia..So far.. Alhamdulillahlah.. sebab dia bleh ikut schedule tu...Kalau ikutkan sekarang ni dia dah xbanyak kerenah.. sbb dia dah makin besar kot.. Kadang2 kesian gak sebab tempat main dia agak terhad.. tapi aku akan berusaha lebih gigih untuk kumpul duit buat playland dia.. Moga rezeki aku makin murah... Amin...Korang doakan tau...:)

Sunday, June 21, 2009

Terima Kasih Adik2Ku

N3 ini saya buat khas untuk 2 orang staff saya yang akan melanjutkan pelajaran mereka... selama 6 bulan mereka bekerja dengan saya.. saya hargai pertolongan mereka.. mereka bukanlah pekerja saya yang terbaik.. tetapi sikap ingin belajar mereka itu yang menyebabkan saya senang bekerja dengan mereka.. walaupun kadangkala saya moody.. tapi mereka masih menghormati saya dan suami...
Buat Atiqah & Farqhana...
Moga terus success dalam pelajaran.. belajar rajin2.. awak adalah harapan ibu dan keluarga untuk mengubah kehidupan awak sekeluarga ke tahap yang lebih baik... Jadi contoh pada adik..
Dan yang paling penting.. mesti fokus.. jangan careless...ingat apa yang akak dan abang pesan sepanjang awak kerja di bookish...
Sekiranya ada kesalahan dan teguran yang menyakitkan hati selama ini akak dan abang minta maaf... Terima Kasih segalanya...

Saturday, June 20, 2009

Lelaki-Lelaki Istimewa dalam Hidupku

Papa Mertua saya bersama adik ipar saya



Che Nafis bersama Ayah, Mak dan Tia....

Merekalah antara lelaki2 istimewa dalam hidup saya.. Tiada kata2 yang dapat menggambarkan betapa saya menyayangi mereka bertiga...

Ayah, adalah lelaki pertama yang kita kenali apabila kita melangkah ke dunia ini.. Pada dialah saya bergantung dan meminta pandangan.. saya adik beradik (terutamanya perempuan) memang manja dengan ayah.. sebab tu kami xboleh kena marah dengan ayah mesti merajuk dan menangis walaupun teguran2 biasa jer..

Walaupun ayah hanya bekerja sebagai Peneroka Felda tapi dia mempunyai pengetahuan am yang tinggi. Ceritalah apa sahaja topik dari hiburan, kartun, politik, sastera hingga ekonomi global dan sukan semuanya dia boleh.. kadang2 malu juga saya sebagai orang muda xsehebat pengetahuannya.. Kata orang, berbaloi kalau ayah beli suratkhabar.. dia akan baca dari kulit ke kulit.. hehehehehhe....

Betapa istimewanya ayah.. SELAMAT HARI BAPA, ayah!!!

Suami saya, MOHD NAFIS memang insan teristimewa..Andai ditakdirkan jodoh saya dan dia tidak panjang, saya memang tidak akan berjumpa lelaki seistimewa dia.. pelbagai pengorbanan yang dia lakukan untuk saya.. Saya benar2 terharu saat saya dalam pantang selepas bersalimkan Fathiyyah.. dialah yang memandikan, mengurut, menyapu param ke badan saya selama 40hari.. Walaupun sibuk urusan di kedai.. dia masih sempat balik untuk menyiapkan saya.. Tia memang beruntung mendapat ayah sepertinya.. kerana dia sanggup melayan kerenah tia yang macam2 tuh (saya? kengkadang memang xterlayan). Terima Kasih Che Nafis kerana banyak membantu Che Dhan selama ni dan pada masa akan datang... SELAMAT HARI BAPA, Che Nafis!!!

Walaupun papa mertua saya ini pendiam sket ngan saya tapi dia seorang yang benar2 bertanggungjawab.. Berulang alik setiap hari sabtu setiap minggu dari Lumut ke Klang merupakan sesuatu perkara yang memenatkan lagi2 di usia emas. Tapi kerana niat untuk bersama keluarga setiap hujung minggu maka papa sanggup berbuat demikian.. itu xtermasuk menyediakan hidangan tengahari pada hari Ahad.. Perghh memang btul2 rajinlah.. Petang Ahad dah nak travel lagi balik Lumut.. Kalau orang lain lom tentu sanggup... Tapi itulah aktiviti papa setiap minggu.. SELAMAT HARI BAPA, Papa!!!!!

Thursday, June 18, 2009

Aku Rindu Seseorang

Benar2 rindu... kalau sebelum ini aku rindu sbb jauh.. hanya dihubungkan oleh ym, facebook dan juga blog.. tetapi skrg aku benar2 rindu kerana walaupun dia telah kembali ke Malaysia tetapi aku masih belum dapat bersua muka dengannya... Ada gak sekali 2 kami berbalas msg tetapi xsama kalau berjumpa ataupun bersembang di ym.. setiap hari aku berdoa agar ada waktunye kami dapat bersembang di alam maya tetapi masa belum mempertemukan aku dan dia..
kalau selama ini.. di kala aku menemani che nafis hingga lewat malam atau awal pagi.. dia seringkali menemani aku.. tapi sekarang tiada lagi.. dia memang seorang sahabat yang realistik aku harap dia cepat2 kembali ke bumi Johor ini... Aku tunggu ko Qim bersama Anis.. Kalau tiba2 ko baca n3 ini ko call tau aku atau tinggalkan msg aku nak oder cistat tuk ko seperti janji aku....



Wednesday, June 17, 2009

Alhamdulillah

Salam semua.....
Hari ni barulah perasaan aku benar2 lega bila tia kembali seperti biasa walaupun semamnya belum benar2 kebah...
Dia sudah mula becok bercerita (dalam bahasa dia sendiri) dan juga menjelajah pelosok kedai sambil menjalankan aktiviti biasa iaitu 'mengemas' Syukur Alhamdulillah...
Tadi pagi sempatlah berborak ngan K.nik bercerita tentang tia.. tiba2 terasa tanda2 pada badan tia seperti Bintik2 merah yang ridak gatal tu menyebabkan aku menjadi risau. Bukan apa masa balik klang haritu memang tia banyak kena gigit nyamuk aku takut denggi
dan serta merta aku pergi klinik dan nurse memang sahkan tu campak... Alhamdulillah... Bukan apa aku xsanggup tgk tia kena cucuk2 macam masa dia 42hari sayu hati aku...
Mudah2an tia akan cepat sembuh...
Sayang Tia.. Muahhs...

Selamat Pengantin Baru Noi dan Fendi



Cuti sekolah memang musim orang kahwin... banyak gak jemputan yang diterima tapi ada gak yang xsempat nak gi... Dalam ramai2 tu jemputan dari ex coursemate masa kat Uitm Shah Alam yang paling istimewa.. sbb dia merupakan bestfren aku...

Noi ni comel jer...Gembira sangat akhirnya Noi kawen ngan pujaan hatinya... semoga berbahagia selamanya hendaknya... Doa tulus dari aku untuk dia suami isteri...

Yang kelakarnyawalaupun majlis dia.. dia sibuk nak bagi arahan itu ini... cam bukan majlis dia plak.. siap cakap kat aku "Aku cam xkonfiden jer mak andam ni.. muda sgt.. " Noi..Noi.. nak tergelak aku dibuatnya...


Tuesday, June 16, 2009

Tia Demam.....

Sejak balik cuti seminggu ni aktiviti aku agak penuh bukan penuh ngan kerja2 tertunggak.. tp fokus pada my little princess yang demam dan meragam plus merengek... huhuhuhu... nak wat camne sume ni dugaan... (xterlayan rasanya)


dah seminggu tia demam.. mula2 check kat Hospital Kulai kebetulan g melawat Ayah We aku masuk hospital.. suhu dia dah cecah 40c tapi MO just bagi ubat demam jer.. aku relax lagilah.. kalau kat private dah sah2 masuk ubat kat punggung...tensen aku... tp dah 3hr still xbaik lagi aku ajak nafis jumpa pedrectic tp masa tu suhu dah kurang sketlah.. sambil tu aku rajin gak basahkan kepala tia ngan air sbb suhu dia terlalu tinggi risau sgt aku....


Rindu keletah dia.. Semoga tia cepat sembuh.. IBU SAYANG TIA!!! Muahhs

Tia yang sentiasa ceria kalau sihat.......

Monday, June 15, 2009

Ilmu yang Bermanfaat

Sejak 2 3 menjak ni rajin plak aku menukar cat rumah... bukan apa saje tukar mood.. selain memahirkan diri mengaplikasikan widget2 yang aku pelajari melalui blog serta website yang melambak2... Aku kagum betul ngan bloggers yang rajin wat tutorial untu membantu kengkawan dan secara tidak langsung dapat gak aku belajar sesuatu dgn cara yang ringkas dan mudah difahami.. maklumlah bahasa IT n term ni lain sket tu xmasuk ngan HTML & XML lagi.. pening gak kepala... so inilah hasilnya.. walau xsecantik mane tapi ia atas daya usaha aku.. atas bantuan rakan2... maklumlah aku ni suka bereksperimen n mencuba sesuatu... (BUDAK BARU BELAJAR MACAM NILAH HEHEHEHEE....)

Thursday, June 4, 2009

Cat Rumah

Salam semua.. maaflah saya kunci rumah sebab saya cat rumah.. tp sebenarnya belum habis cat dan touch up.. maaflah kalau terpijak tong cat yang bersepah2 tu.. xsempat kemaslah.. tetiba sakit kepala menyerang
chow...