Follow Me

Sunday, March 1, 2009

Kesan Kemelesetan Ekonomi...

Sekadar renungan bersama..... Ini adalah pendapat saya secara peribadi... sekiranya terdapat kesalahan fakta harap diperbetulkan... kerana ini adalah kekurangan diri...
Mungkin bukan semua orang merasa bahang kemelesetan ekonomi dunia.. tapi saya tetap merasakan bahangnya... mungkin kerana saya dan suami bekerja sendiri... di saat-saat perniagaan baru nak merangkak... tiba-tiba ketidakstabilan ekonomi memberi kesan kepada perniagaan kami...
Saya tidak menyesal apabila terjun dalam bidang ini kerana inilah minat saya sejak dulu.. buat ape yang saya suka.. dikelilingi orang yang saya sayang... saya senang dengan tanggungjawab yang saya pikul walaupun kadang-kadang ia menyesakkan.. Apabila kita renung kembali dengan apa yang berlaku.. berbaliklah kita kepada Al-Quran didalam Surah Yusoff.. Mimpi Nabi Allah Yusof.. yang membawa maksud.. kehidupan kita ini ibarat roda 7 tahun membawa kepada kesenangan.. dan 7 tahun hidup dalam kesusahan.. maka dengan itu sewaktu 7 tahun apabila kesenangan dinikmati simpanlah sedikit di waktu kesusahan melanda... Inilah yang selalu ibu saya terapkan dan ingatkan kepada kami adik beradik terutamanya saya yang berniaga... bukan ape takut kita lupa pada waktu kesusahan 5 perkara sebelum datang 5perkara...
Dikala ini saya sangat kasihan kepada golongan yang bekerja dalam sektor perkilangan... memang amat menyedihkan.. pendapatan bulanan yang dahulunya boleh mencecah ribuan ringgit apabila bekerja lebih masa.. tapi sekarang.. kadangkala kerja.. kadangkala tidak... sehinggakan ada yang diberhentikan kerja...bagaimana nak bayar duit perbelanjaan bulanan...? anak nak sekolah...?
Apabila berlaku kemelesetan ekonomi.. pelbagai masalah jenayah dan kadar penceraian meningkat.. bunuh diri.. dan pelbagai masalah sosial.. bukan sahaja di kalangan warga asing.. malahan warga tempatan juga...
Dikala ini.. yang paling beruntung pada pendapat saya adalah golongan yang bekerja dalam sektor kerajaan.. Sektor kerajaan bukan macam dulu... banyak faedah yang mereka perolehi.. tapi sayang.. kadangkala mereka ini tidak memanfaatkan apa yang mereka perolehi.. bekerjalah dengan tekun dan jujur.. kerana wang itu adalah untuk membesarkan anak-anak... Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan sesiapa.. saya tidak menujukan kepada sesiapa tetapi sekadar meluahkan pendapat... kerana seringkali kita dipertontonkan dengan kerenah birokrasi apabila berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan.. Itu adalah satu sebab kenapa saya mengelak untuk berurusan dengan pejabat kerajaan.. Walaupun masih ada orang yang jujur dan mesra.. tapi golongan itu sudah semakin kurang kita temui...
Marilah kita muhasabah diri kerana mungkin kemelesetan ini akan menjangkau sehingga beberapa tahun.. Semoga kita semua dapat mengharunginya.. Amin...

8 comments:

sitinurulhawa said...

aiyohh.... paragraph and selang baris plssss..

dhan said...

hahahaha.... nak tgk tahap kecekapan mata yg membaca.... :p

Anonymous said...

kerenah birokrasi kerana mengurus wang rakyat perlu byk prosedur. masuk jbtn kerj baru tau. sikap dan budaya kerja kerj adalah warisn sjk dulu. tp skrg dh byk b'ubh. 1% je yg x nk keje...

dhan said...

ade gak wakil org gomen... hehehehhe... mudah2an diorg berubah... lagipun skrg nih keje gomen lumayan ape... :p

Qimy said...

aku wakil org kilang..tp bukan wakil pekeja kilang dgn pelbagai masalah sosial harharhar..

pakcik posmen skrg pon semakin peramah..baguih3..

dhan said...

pakcik posmen tmpt aku jer tetap xmesra alam.....:p

Marriatyi Morsin said...

rehan aku pon org gomen gak n aku service utk stndts....tp mmg xnafikan la ade org gomen yg ambil mudah semua tp tu golongan minoriti. kat tmpt aku alhamdulillah baik staf akademik mahupun staf bukan akademik 2-2 kerja ok...alhamdulillah, mudah la utk semua.

dhan said...

baguslah camtuh maity.... hope terus beri yg terbaik...xkira sama ada org gomen taupun org swasta... keje tetap keje...