Follow Me

Showing posts with label nota. Show all posts
Showing posts with label nota. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

1433H yang Telah Berlalu.....

Maghrib tadi bermulalah tahun baru 1434H, bila bermuhasabah diri.. terasa malunya aku pada Sang Pencipta... xbanyak yang aku kerjakan sebagai tanda taatnya pada perintah Allah... Aku sering berfikir, adakah amalanku selama ini diterima Allah.. Adakah aku ini benar2 ikhlas mengerjakan suruhan Allah.. Kadangkala aku sendiri tiada jawapannya,,
tetapi aku cuba buat seikhlas mungkin... aku berharap semua ibadahku yang sedikit itu diterima Allah dan semua dosa dan khilafku itu diampuni Allah...
Aku tau kadangkala hati ini sering terbuai2 dengan godaan syaitan.. kadangkala aku xmampu untuk menghindarnya,, tapi aku akan cuba sedaya mungkin...
Ya Allah...
Aku benar2 berharap semoga Engkau menunjukkan jalan yang lurus... Engkau tetapkanlah hati aku ini agar sentiasa patuh dan taat perintahMu Ya Allah...
Sebenarnya aku takut dengan azabMu Ya Allah tetapi kadangkala aku leka dengan nikmat duniawi... Semoga 1434H ini menjadi permulaan yang terbaik untuk aku memulakan langkah yang baru...
Amin Ya Rabbal Alamin....




Sunday, October 21, 2012

Kalau....

agak2 kalau sy nk menulis semula... ade ker org nak baca? hehehe... tp sebenarnya sy rindu nak berblog

Tuesday, June 21, 2011

Setelah sekian lama.............

Assalammualaikum.....


Setelah sekian lama menyepi akhirnya tetiba mood datang nak mencoret...


Dua tiga menjak ni rasanya masa berjalan terlalu deras.. tapi aku tak terkejar.. lemahnya pengurusan masaku ini... Anak dah dua tapi aduhh rasanya aku macam xcukup matang agaknya... hahahahaa.....


Sebenarnya apabila menulis kat blog ni jiwa aku rasa sangat tenang sebab aku dapat coretkan ape2 yang aku suka.. bukan untuk orang lain tetapi lebih untuk diri sendiri...


setelah beberapa bulan ni sebenarnya banyak sangat perkara yang berlaku disekelilingku.. terutamanya gembiranya melihat tumbesaran dua orang anakku yang sangat keletah dan banyak ragam... kalau kakak tu keletah orangnya.. adik walaupun baru masuk 7bulan sudah menunjukkan potensinya... kengkadang geram.. kengkadang kelakar tengok dua beradik tuh...


Selama ni aku memang berhasrat nak menulis at least seminggu sekali tetapi aku macam dikejar waktu... ade je nak buat.. kengkadang nampak je selalu on9 kat facebook tapi orangnya selalu tiada di meja...


Rutin harian dua tiga menjak ni sama jer.. pagi buka kedai.. tidokan zara.. walaupun sejak dah dapat walker ni jarang nak tido.. tolong ibu 'mengemas'... masuk tghari bila dia dah start bukak kelas vokal aku tidokan dulu.. bangun baru bkleh makan kalau x jawabnya xmakanlah... sibuk terpisat2 ngantuk... tapi biasa pagi dah breakfast... zahra ni agak kuat makan walaupun timbang susah nak naik.. tensen aku.. asik kat line kuning jer... tapi nak wat camne kakak diapun macam tuh... maybe sebab dia still breastfeeding dan jenis badan susah nak naik... tapi yang menakjubkan... nurse beritahu walaupun umur dia baru 7bulan tapi perkembangan dia dah sama mcm budak 9bulan... dia dah start membebel kengkadang macam mengaji... dah start merangkak dan memapah berdiri.. risau plak sekarang ni nak tglkan kat dalam baby court.. takut ade yg dia terjun... iskh...2


Fathiyyah balik petang... pastu sibuklah cari adik dia.. dok gomol2 adik dia.. tapi dia jarang dengki ngan adik dia.. selalu main sama2... maybe dia rasa tu jer kawan yang paling rapat ngan dia.. kengkadang dia berceritalah ngan zahra.. seronok tgk dia kalau main dengan zahra...


Aku berharap sangat kegembiraan ini akan berterusan... moga Allah merestui hubungan yang terjalin antara kami... selamanya .. Amin.....


Friday, January 1, 2010

Selamat Datang 2010

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2010.. tapi bagi aku penduduk Johor ni.. kedatangan Tahun Baru xde apa yang istimewanya berbanding tahun Hijrah.. Mungkin sebab Johor xcuti kot.. dan segala urusan berjalan seperti biasa... so, xdelah meriahnya.. berbanding menunggu kedatangan Awal Muharram dimana Kita sebagai umat Islam menunggu saat untuk membaca doa Awal & Akhir tahun bagi memohon keampunan dari Allah atas segala kesilapan yang kita lakukan sepanjang tahun...
Apa yang membezakannya aku mempunyai pelbagai azam sama ada kedatangan Hijrah ataupun Tahun baru ini.. Semoga aku akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Tuhan kurniakan selama ini.. serta semakin success dalam segala urusan yang aku lakukan.. Amin...
Biasanya, segala impian aku hanya separuh sahaja yang telah terlaksana dan seperti biasa.. azam itu aku forwardkan untuk tahun ini...
So.. Apa Azam korang untuk tahun ini..?

Tuesday, December 29, 2009

I'm Back

Setelah sekian lama xmenulis di blog ini.. aku jadi buntu...
xtau nak tulis ape.. hehehehe.. sebenarnya rindu menggebu-gebu nak menulis..tetapi dengan bermacam-macam hal yg timbul dan kesibukan melayan kerenah tia yang semakin aktif dan lasak..aku korbankan masa untuk menulis di blog.. tambahan pula cuti sekolah.. time berehat panjang sedikit daripada biasa hehehehe...

Dalam tempoh 2 bulan ni.. macam2 yg berlaku.. kesibukan yg membuatkan aku puas dgn hidup ini.. kesedihan dan keperitan yg menjadikan aku lebih kuat dan tabah... kesengsaraan yg mendekatkan aku dengan Maha Pencipta.. semuanya aku rasakan dalam tempoh ini...

Terima kasih buat kengkawan yg bertanya khabar...Doa kalian buat aku terharu... Semoga hubungan yg terjalin ini akan berterusan hendaknya...



Thursday, September 10, 2009

Larut Dalam Kenangan

kurang sejam lagi berakhirlah hari yang bermakna dalam hidupku...
30 tahun yang lalu... hari ini memberi seribu kegembiraan kepada seluruh keluarga (ye ker? hehehehehe)
Dalam menginjak ke usia dewasa.. pelbagai peristiwa yang aku alami...
Teringat kenangan bersama rakan2 di kolej.. aku berkongsi birthday bersama2 dengan my bestfren Anim..
Kesian Anim... selalu menjadi mangsa kenakalan aku... mana xnya, setiap kali birthday member2 serumah.. aku akan jadi mastermindnya tuk menyediakan 'hadiah special' pada dorang...so, bile tiba birthday aku ngan anim.. dorang telah bersatu untuk membalas dendam kesumat yang telah disimpan sekian lama....
Korang bayangkanlah... aku ngan anim diasak ngan 30 biji telur.. keliling rumah sewa... pergh... bau hanyir jgn cakaplah... nasib baik malam... dahlah umah dpn jalan datin halimah yang memang xpernah lengang...
Memang kenangan yang memang tak bleh aku lupakan....
Selain tu ada lagi peristiwa yang memang akan aku ingat sentiasa ingat....
Terima Kasih Tuhan..
kerana memberi aku peluang sekali lagi untuk merasai kehidupan di dunia ini...
Mungkin ramai yang x mengetahui bahawa aku hampir mati lemas di Pangkor 8 tahun yang lalu...
tapi Tuhan masih memberi aku peluang.. dalam masa dibawa arus tu, yang hanya terbayang di mataku hanya wajah emak... terbayang dosa2ku yang tak sempat kucuci.... aku pasrah... aku sempat mengucap dua kalimah syahadah...dalam hatiku hanya berharap.. jika begini matiku.. aku cuma berharap mayatku akan ditemui dan dikebumikan di kampung halamanku... hanya air mata sahaja yang menitis...
Tapi Tuhan sesungguhnya mengujiku... seseorang telah menyelamatkanku... Terima Kasih Tuhan... kerana memberi aku kesempatan untuk melalui saat2 bahagia bersama orang2 yang aku sayangi.....

Moga diusia ini.. aku akan terus matang, dilimpahi dengan rezeki yang halal... dikelilingi orang2 yang aku sayangi... dapat mengurangkan perangai yg xelok dan diganti dengan perangai yang lebih elok... Ameen....


Friday, July 31, 2009

Terimalah Hakikat


Terimalah hakikat bahawa aku memang seorang yg susah untuk berubah..
Terimalah hakikat bahawa aku ini seorang yang lantang menyuarakan pendapat..
Terimalah hakikat bahawa aku nampak kuat tapi jiwaku sangat rapuh...
Terimalah hakikat aku ingin pengertianmu...
Terimalah hakikat bahawa apa yang ku buat ini adalah untuk mempertahankan sebuah harga diri..
Terimalah hakikat bahawa aku tak ingin melihat anak bangsaku lalai dan cuai...
Terimalah hakikat bahawa apa yang ku buat ini kerana aku ingin berjaya...
Terimalah hakikat bahawa aku sayang kamu dan mereka semua...

Tapi...

Jika kamu tidak dapat menerima hakikat ini..

Aku tidak dapat berbuat apa-apa...kerana satu hari nanti kamu semua akan faham hakikat sebenarnya...

Bagiku tiada siapa yang boleh memperkotak katikkan maruahku krn aku manusia biasa yang ada harga diri...

Aku tidak marah kamu dan mereka...jika kamu semua tidak memahami diriku.. sebab aku ini orang yg bervisi.. selagi ada peluang.. selagi ada nyawa.. selagi ALLAH mengizinkan aku akan terus berjuang.... kerana ini adalah titik tolak kehidupanku...

Thursday, July 23, 2009

Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit.......

Korang rasa camne?

Situasi 1

Ada sorang kawan yang korang tolong sewaktu kesusahan... waktu benar2 susah korang tolong dia segalanya... dari A sampai Z.. tiba-tiba dia hilang camtu jer... kemudian dia dtg kembali dengan kesusahan yg sama... korang tolong lagi... tiba2 dia tackle laki korang? Apa korang rasa?


Situasi 2

Orang kepercayaan korang tiba-tiba hilang camtu jer.. lepas korang cam dah syak dia buat sesuatu yg xbaik seperti menikam korang dari belakang.. Korang rasa ape?



Sunday, December 14, 2008

catatanku yang pertama

hari ni tia xlah meragam sangat sebab maybe dia dah besar sketkan. diakan dah 8bulan lebih. tapi dia agak manja kengkadang geram tgk kerenah dia. time bangun tido mesti xnak ngan orang lain. pening kepala aku.
lagi satu perangai dia yang buat aku tensen... bile mandi dia nangis terpaksalah aku letak duck bunyi2 tuh buat teman dia mandi huhuuhu...
walaupun dah 8bulan tapi dia masih menyusu kat aku. mentang2lah ibu dia keje sendri. tapi xpe mudah2an otak dia lebih cergas dari biasa hehehehehe...
aku ni sebenarnya dah boring dok terperap kat kedai je... nak pg cuti skang ni musim ujan...
ingat nak balik klang 25dis ni bleh ambik auntie cay (nama kat bandar) akak aku yang comei lote tuh. maklumlah cuti lamakan.
harini my superman tgh dok mengecat rak majalah dia yang tak sempat2 siap tuh. dah dekat 2 minggu, alasannya tia nak tido tak bleh bising ceh! alasan jer tuh.
Hari ni ujan baru rancang nak basuh baju, tapi sejak washing machine umah kitorang rosak nih kenalah perah manual tensen aku spinner rosak huhuhu... tapi nasib baik ade mysuperhero. ehm....thanks che nafis(muahhhs) :)