Follow Me

Showing posts with label Nur Fathiyyah. Show all posts
Showing posts with label Nur Fathiyyah. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Setelah sekian lama.............

Assalammualaikum.....


Setelah sekian lama menyepi akhirnya tetiba mood datang nak mencoret...


Dua tiga menjak ni rasanya masa berjalan terlalu deras.. tapi aku tak terkejar.. lemahnya pengurusan masaku ini... Anak dah dua tapi aduhh rasanya aku macam xcukup matang agaknya... hahahahaa.....


Sebenarnya apabila menulis kat blog ni jiwa aku rasa sangat tenang sebab aku dapat coretkan ape2 yang aku suka.. bukan untuk orang lain tetapi lebih untuk diri sendiri...


setelah beberapa bulan ni sebenarnya banyak sangat perkara yang berlaku disekelilingku.. terutamanya gembiranya melihat tumbesaran dua orang anakku yang sangat keletah dan banyak ragam... kalau kakak tu keletah orangnya.. adik walaupun baru masuk 7bulan sudah menunjukkan potensinya... kengkadang geram.. kengkadang kelakar tengok dua beradik tuh...


Selama ni aku memang berhasrat nak menulis at least seminggu sekali tetapi aku macam dikejar waktu... ade je nak buat.. kengkadang nampak je selalu on9 kat facebook tapi orangnya selalu tiada di meja...


Rutin harian dua tiga menjak ni sama jer.. pagi buka kedai.. tidokan zara.. walaupun sejak dah dapat walker ni jarang nak tido.. tolong ibu 'mengemas'... masuk tghari bila dia dah start bukak kelas vokal aku tidokan dulu.. bangun baru bkleh makan kalau x jawabnya xmakanlah... sibuk terpisat2 ngantuk... tapi biasa pagi dah breakfast... zahra ni agak kuat makan walaupun timbang susah nak naik.. tensen aku.. asik kat line kuning jer... tapi nak wat camne kakak diapun macam tuh... maybe sebab dia still breastfeeding dan jenis badan susah nak naik... tapi yang menakjubkan... nurse beritahu walaupun umur dia baru 7bulan tapi perkembangan dia dah sama mcm budak 9bulan... dia dah start membebel kengkadang macam mengaji... dah start merangkak dan memapah berdiri.. risau plak sekarang ni nak tglkan kat dalam baby court.. takut ade yg dia terjun... iskh...2


Fathiyyah balik petang... pastu sibuklah cari adik dia.. dok gomol2 adik dia.. tapi dia jarang dengki ngan adik dia.. selalu main sama2... maybe dia rasa tu jer kawan yang paling rapat ngan dia.. kengkadang dia berceritalah ngan zahra.. seronok tgk dia kalau main dengan zahra...


Aku berharap sangat kegembiraan ini akan berterusan... moga Allah merestui hubungan yang terjalin antara kami... selamanya .. Amin.....


Thursday, March 31, 2011

Kenikmatan Hidup

Sekejapnya masa berlalu.... saya rasakan kejap je tia dah besar.. kejap jer dia dah berjalan... kejap jer saya dah bersalin dan dah ade dua anakkan... Alhamdulillah... saya suka dengan kehidupan saya ini.. saya bahagia... walaupun kengkadang huru hara.. hahahaha Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan bernama NUR ZAHRAA' INSYIRAH BINTI MOHD NAFIS pada 12.11.2010 cepat sebulan dari tariikh jangkaan bersalin... Alhamdulillah proses kelahirannya dipermudahkan.. Apa yang buat saya terkilan ialah.. suamiku che nafis tersayang tiada dalam labour room menemaniku.. huhuhuhu.. tapi xpelah segalanya telah selamat...

Pukul 2 pagi saya dah rasa sakit.. bila check pintu rahim telah terbuka 5cm.. tapi air ketuban belum pecah.. ssaya dah rasa sakit xhengat nak call che nafis yang tgh nyenyak tido dalam keta.. hahahaa.. tapi saya dah pesan kat nurse suh tolong callkan.. tapi hampeh xdenyalah dia nak tolong call walaupun dah dipesan beberapa kali... lastnya kul 5 pagi saya kuar dari labour room saya call che nafis bagitau saya dah selamat bersalin.. dia memang xpuas hati sesangat.. lastnya dapat jumpa zahra kat wad jer.. lepas tu trus dia iqamatkan.. petang tu saya dah bleh balik... Yahuu.. saya suka balik.. :)
Setelah 5 bulan baru hari ni saya nak share pic anak ke -2 saya Nur Zahraa' Insyirah kat blog.. hehehhee saya nak korang sume jadi judge antara kedua-dua anak saya ni...

Sume orang cakap muka zara ngan tia sama... Bila saya tunjukkan gambar tia masa kecil (sblh atas) dia cakap " ibu tukan baby zara... tu bukan yayalah ibu... muka yaya bukan macam tu.. tu baby zara.. " yelah tu tia... dah sah2lah tu adik awak yg muka dia ibu fotostat jer.. hik3... ape2pun dua2 ibu sayang... tia kena jaga adik tau... sbb dia adik tia... tapi memang tia sangat sayang adik dia.. xleh orang kacau adik dia... Alhamdulillah dia suka ada adik.. bangun dr tido je mesti cari adik dulu... :) Ibu doakan kedua-dua anak ibu ni akan jadi anak yg solehah.. Amin... Thanks Allah atas anugerah yang tidak ternilai ni....

Tuesday, January 5, 2010

Minggu yang memenatkan..

Pergh lelah sungguh rasanya... maklumlah budak naik sekolah mak bapak sibuk cari keperluan sekolah yang belum lengkap di saat2 akhir.. masalahnya bukan budak2 jer.. cikgu cikgipun sama.. tapi dah namanya rezeki aku bersyukur...
Aku jadi bertambah-tambah lelah bila Tia semakin meragam dan kuat merajuk.. aduh .. xterlayan keletahnya.. kengkadang sampai satu tahap aku rasa teramat penat dengan kerenahnya..
Sebenarnya aku kasihan dengan dia.. pembesarannya xsama dgn kanak-kanak lain.. dia membesar dikedai.. lebih 12jam masanya habis di kedai.. mungkin sampai satu tahap dia mahu berkawan.. tapi aku ngan nafis selalu bz.. dan dia akan mencarri kawan2 sendiri.. Apabila dia bosan.. dia akan mula buat perangai...
Sebenarnya dah dua tahun aku planning untuk siapkan bilik bermain dan menonton di kedai untuk dia.. tapi budget aku blum cukup untuk buat bilik itu..

Tunggulah tia.. ibu dan ayah pasti akan usahakan agar bilik itu siap sblm birthday tia... Amin...

Monday, January 4, 2010

Adakah Tia Berilusi?

Perkara ini telah hampir 2 minggu terjadi.. tetapi sekarang ni baru sempat nak kongsi bersama korang..
Ntah ye susah nak mempercayainya.. tetapi ini yang terjadi kepada aku..
Satu petang aku hendak mandikan Tia kat kedai.. seperti biasa aku pimpin tangan dia.. dia biasalah teruja nak main air dgn mulutnya yang bising tuh.. tetiba dia terpaku.. dan muka ketakutan sambil memeluk kakiku kuat2.. akupun pelik.. dia langsung xnak tengok ke arah tingkap kecil dalam bilik air tu..
Tia langsung xnak main air.. aku tanya dia " tia nape?" dia diam jer sambil menjeling2 ke arah tingkap itu..
Setelah selesai memandikannya.. aku membawa dia ke bilik dan menyiapkannya.. tiba-tiba dia bercakap" ibu.. akut.. ada antu.." aku tanya " kat ner?" kat ane.. sambil menunjuk ke arah bilik air..
sejak itu.. dia xnak masuk bilik air tu.. nasib ada satu lagi bilik air.. setiap kali aku bawa dia ke bilik air.. dia akan berhenti di dpn pintu bilik air yg kononnya berhantu dan melihat ke arah tingkap itu.. dan berkata " nak mandi ane..sambil pergi ke bilik air satu lagi..
akupun keliru adakah memang wujud hantu disitu atau hanya bayangan sesuatu yg tia takut.. tetapi kenyataan tia menyebabkan semua staff aku takut nak masuk tandas pada waktu malam.. ehmm macam2..

Sunday, January 3, 2010

'Pisah Susu'

Aku ni dalam usaha nak pisahkan susu tia.. bukannya apa tia dah nak masuk 2 tahun dah.. cuma hati aku ni xberapa kuat.. sian gak pikir2 dia tuh xminum susu formula.. kengkadang kelakar gak sebab dia wat aku cam botol air bgerak dia.. xkira kat ner kalo nak tuh ehmmm.. xleh nak ckp TIDAK..
tapi aku memang dah nekad walau camnepun sblm dia genap dua thn aku nak pisahkan gak.. lagipun aku rasa air susu aku pun mmg xbanyak lagi dah..
Aku rasa aku mmglah rasa kuat sket semangat tapi che nafis tuh lagi sayu kalo pasal tia.. anak ayahlah katakan.. tapi kitorang dah bincang benda ni dan setuju tuk tia berenti menyusu badan... mudah2an berjaya.. :)

Thursday, July 30, 2009

Bantu Saya Membuat Keputusan

aku tertarik apabila membaca artikel ini klik sini
aku sebenarnya dalam dilema.. korang taukan aku menyusukan tia.. sekarang tia dah berumur 1thn 3bln dan semakin kuat menyusu.. kengkadang aku rasa cam dia buat cam minum air kotak.. minum sket.. borak2 .. tgk sana sini.. cakap2.. pastu sedut lagi.. kengkadang hangin gak aku.. kengkadang kelakar dengan kerenahnya..
Masalahnya sekarang ialah.. bulan depan dah masuk bulan puasa.. tahun lepas je dekat 7hari aku tuang puasa sebab tak tahan.. maklumlah badan aku ni dahlah 'kuruih' dia sekali sedut terus kering ngan kulit2 sekali... aku dahlah jenis spesies yg kuat makan.. huwaa... aku memang azam tahun ni nak posa penuh.. dan dalam masa yang sama tak abaikan keperluan dia.. memanglah umur cam tia tuh sepatutnya dah makan.. dan minum susu formula.. makan oklah selera cam orang tua.. madang western2 je dia mau.. huhuhu.. tpi tang susu memang dia cari cap mak dia juga...
Apa ek aku nak buat.. takkan aku sanggup nak biar dia melalak sepanjang hari.. kalau ada idea sharelah ngan aku.. aku memang buntu nih...

Saturday, July 25, 2009

Patutlah....


Akhirnya aku mengetahui punca sebenar kesakitan tia.. yang menyebabkan dia menangis sepanjang masa... Rupa-rupanya tia nak tumbuh gigi geraham.. bukan satu, bukan dua.. tapi empat batang sekaligus.. atas, bawah, kiri, kanan.. patutlah dia xmo makan.. menolak semua mknan yang masuk dalam mulutnya.. Patutlah dia asik nak menyusu dan berkepit saja ngan aku dan aku terpaksalah bukak kafe 24jam.. rupa2nya dia lapar.. patutlah dia asik nak menggigit semua orang macam drakula kcik.. rupa2nya gusi dia gatal.. patutlah dia xmo tido dlm buai.. sbb dia dalam kesakitan...

Kesian tia.. orang tumbuh satu2 gigi.. awak tumbuh sekaligus.. xpelah nanti awak lagi cepat dapat mkn dengan banyak.. dapat gigit ayam... hehehehe.. bila selera makan bertambah.. berat badan bleh naik.. xdelah awak punya berat badan di bawah PAR.. hahaha tetiap bulan kena gi klinik...Ibu tau awak mesti rasa xselesa.. tapi ia akan kembali normal jangan menangis lagi ye sayang.....

Wednesday, July 22, 2009

Semuanya Kerana Tia

Bila badan xsedap... mulalah merengek...

Bila ibu dia wat xlayan... berjurai-jurai airmata

Buntu aku kalau tia demam.. dari badan letih bertambah letih... merengek, meragam setiap masa.. kengkadang ragam dia yang macam ni buat aku xtahan... tia memang manja dan sukakan perhatian.. yang paling dia nak waktu ni perhatian aku.. kengkadang aku rasa cam dia berlakon je lebih.. pura2 menyusu tetapi tangan merayap2.. pastu bercakap2.. hemm.... pening kepala aku weh...

Bila badan xsedap.. merengek.. xmo tido.. asal letak je menangis... xlarat rasanya berdukung 24jam... aku sangat2 berharap mudah2an dia cepat sembuh.. Mak aku cakap Tia ni ikut aku.. sakit sket.. tapi berlakon je lebih.. yeker? ntah2 ikut che nafis kot.. hahahaha...

Sunday, July 5, 2009

Tia Injured...

Cuak giler aku bile tetiba Tia menjerit seperti menahan kesakitan yang teramat sangat.. Aku bergegas berlari mendapatkan dia... Aku tengok Che Nafis duduk memangku dia.. dan dia terus menjerit2 menangis... Aku ingatkan Che Nafis terpijak tangan dia.. rupa2nya tangannya luka terhiris pisau yang cuba diambil dari kaki ayahnya...
Bersalahnya aku bile melihat darah menitis2 dari tangannya.. Aku jadi xtentu arah dan panik kejap.. Lari g ambik minyak gamat.. lari g ambik kain...
Sebenarnya Che Nafis tengah menyiapkan trofi untuk adik aku tuk projek PSV dia.. then, Che Nafis xperasan pisau tu jatuh kat lantai... Aku ngeri nak tengok luka yang dalam tuh.. letak minyak gamat.. mungkin pedih.. meraung2 dia.. sian sangat...
Terasa bersalah sangat dia injured... sebab kecuaian aku ngan Che Nafis dia jadi mangsa... Mudah2an benda2 sebegini xkan berlaku lagi...
Aku sure sangat bukan mak ngan ayah aku je yang akan bebel aku.. tapi korangpun mesti bebel kat aku... :( aku tau aku salah.... sob..sob..sob...

Wednesday, June 24, 2009

Keluar Dari Zon Selesa

Wargh..... 2 3 minggu ni aku memanglah agak bz... dengan xde lagi pekerja.. walaupun interview budak dah dekat 10 orang... tapi kebanyakannya tidak menepati kriteria yg aku nak.. (aku nikan cerewet.. huhuhuhu) bukannya apa.. aku xmo nanti mendatangkan masalah dikemudian hari.. yg macam ok.. xmo keje plak.. masing2 sume xsanggup nak keje hari Ahad.. alasan banyak hal.. maklumlah budak2 baru pandai bercinta.. ehmm.. xtaulahkan nak cakap.. mungkin dating tiap2 minggu tu bagi sesetengah orang perkara wajib.. jadi keje ni jatuh no.2.. lainlah keje gomen.. memanglah weekends cuti.. tp dah ko ni apply keje kedai memanglah xleh cuti tiap2 minggu hari Ahad.. ntahlah xpaham aku..
Selama 6 bulan berada dalam zon selesa maklumlah dah melatih pekerja separuh mahir tiba2 sekelip mata budak2 tu dapat sambung belajar..tapi benda ni memang aku dah sedia maklum..adat kedai cam bookish ni.. pekerja datang dan pergi cam angin lalu.. keje sehari pastu cabutpun ada.. itu yg sehari... yg setengah haripun ada.. (macam2). Kerja kat kedai cam bookish ni memanglah xglamer... kengkadang ada orang malu.. lainlah keje kat Pasaraya... bila masa interview berpusu2 orang dtg... xpelah... cabaran utama aku pada waktu sekarang ni.. mungkin ada hikmahnya di penghujung episod nanti..
Tapi aku bersyukurlah jugak.. didalam keserabutan kepala yang melanda.. Tia dah mula paham bila aku cakap dan pesan.. lagipun aku dah setup masa tido dan masa main dia..So far.. Alhamdulillahlah.. sebab dia bleh ikut schedule tu...Kalau ikutkan sekarang ni dia dah xbanyak kerenah.. sbb dia dah makin besar kot.. Kadang2 kesian gak sebab tempat main dia agak terhad.. tapi aku akan berusaha lebih gigih untuk kumpul duit buat playland dia.. Moga rezeki aku makin murah... Amin...Korang doakan tau...:)

Wednesday, June 17, 2009

Alhamdulillah

Salam semua.....
Hari ni barulah perasaan aku benar2 lega bila tia kembali seperti biasa walaupun semamnya belum benar2 kebah...
Dia sudah mula becok bercerita (dalam bahasa dia sendiri) dan juga menjelajah pelosok kedai sambil menjalankan aktiviti biasa iaitu 'mengemas' Syukur Alhamdulillah...
Tadi pagi sempatlah berborak ngan K.nik bercerita tentang tia.. tiba2 terasa tanda2 pada badan tia seperti Bintik2 merah yang ridak gatal tu menyebabkan aku menjadi risau. Bukan apa masa balik klang haritu memang tia banyak kena gigit nyamuk aku takut denggi
dan serta merta aku pergi klinik dan nurse memang sahkan tu campak... Alhamdulillah... Bukan apa aku xsanggup tgk tia kena cucuk2 macam masa dia 42hari sayu hati aku...
Mudah2an tia akan cepat sembuh...
Sayang Tia.. Muahhs...

Tuesday, June 16, 2009

Tia Demam.....

Sejak balik cuti seminggu ni aktiviti aku agak penuh bukan penuh ngan kerja2 tertunggak.. tp fokus pada my little princess yang demam dan meragam plus merengek... huhuhuhu... nak wat camne sume ni dugaan... (xterlayan rasanya)


dah seminggu tia demam.. mula2 check kat Hospital Kulai kebetulan g melawat Ayah We aku masuk hospital.. suhu dia dah cecah 40c tapi MO just bagi ubat demam jer.. aku relax lagilah.. kalau kat private dah sah2 masuk ubat kat punggung...tensen aku... tp dah 3hr still xbaik lagi aku ajak nafis jumpa pedrectic tp masa tu suhu dah kurang sketlah.. sambil tu aku rajin gak basahkan kepala tia ngan air sbb suhu dia terlalu tinggi risau sgt aku....


Rindu keletah dia.. Semoga tia cepat sembuh.. IBU SAYANG TIA!!! Muahhs

Tia yang sentiasa ceria kalau sihat.......

Monday, March 23, 2009

Karikatur Tia

Hi Kengkawan... lamenye xupdate blog.. bukan xde idea.. byk sgt nak tulis tp kengkangan masa menyebabkan aku xsempat nk menulis...


Ni hasil kerja ayah aku... balik2 dr kdai hari Jumaat lepas .. ayah sibuk main ngan tia.. bukan ape.. last week kitorang mmg sesangat bz kejo datelite kad kawen.. xbyk masa ayah nk main2 ngan tia..

Ayah memang minat lukis.. lukisan ni dia lukis spontan jer.. tp aku ske sbb nampak cute.. siap ade toncet 2 lagi.. hehehe.. teringat dulu2 waktu kcik.. kalo kitorang majuk ke.. ayah akan ckp "senang je nk lukis muka camni.." pastu dia sketch kejap.. dah siap..

Ehmm... byk sgt kenangan masa kcik yg aku rindu sgt.. kenangan waktu adik beradik tgh membesar... ayah selalu pesan.. kalo nk kekalkan perpaduan n kerukunan rumahtangga.. nak ank dgr kata.. waktu mkn tu penting.. mkn sama2.. InsyaAllah anak2 jarang gaduh.. tp memang betul cara tuh.. dalam Islampun memang digalakkan mkn sama2.. waktu tuh kalo ade masalah.. bleh bincang lepas mkn.. sampai skrg kami masih terapkan amalan ni.. cuma masa utk semua berkumpul tuh sangat jarang diperolehi.. tapi aku sgt2 berharap.. perpaduan kami adik beradik ini berkekalan hendak-Nya...Amin

Thursday, January 29, 2009

SIRI PENGEMBARAAN TIA....part1

Hi semua.....
Post berkaitan ngan tia nih akan menjadi perkara wajib bagi setiap bulan untuk aku update dalam blog nih.. Insyaallah....
Bukan ape aku nak ingatkan momen2 indah yang dilalui oleh kami dari sejak dia lahir hingga dia besar...one day bile diizinkan Allah.. bile dia baca blog ibu dia nih dia akan kenangkan segala perjalanan yang dilalui dalam meniti kehidupan ini...




Kenangan kat Kluang Mall 27 Januari 2009

Sekarang ni benda ni dah jadi satu perkara wajib bagi tia... tgklah gaya dia memandu bas nih... terpaksalah mak dia teman.. kalau tgk2 kat situ xdepun budak2 yang mak dia naik sekali tp aku nih special case.. :p
Muka xcited sangat... serius jer... aku bukan ape... walaupun tia tuh xdelah merengek2 nak naik benda tuh tp aku nak tanamkan sifat berani dan suka mencuba sesuatu yg baru.. tp dengan perhatian... Kalau pikir2 memangah membazir.. sekali masuk 50sen tuh yang kat kdai kecik2 tp kalau kat shopping mall mau jejak 2hinggit.. paling kurangpun sehinggit... ntahlah.. maybe kena cari alternative lain untuk bagi dia cuba... tp sebenarnye hsben aku tuh yg suka.. maybe dia dulu xde peluang nak naik.. hehehehehe....




Gaya semasa memandu train
Yang ni lagi satu... nilah kenderaan paling dia suka sbb ade monitor.. sampai dah abis lagu xmo turun siap ayah dia tarik2 lagi ajak turun.. sbnarnye bkn ape.. dia nih kalau bab2 cam monitor pc ni memang interested.. nak kata aku ni asik dok dpn pc masa ngandungkan dia xde plak...
Kelakar tgk gaya dia... cam beri penerangan pada ayah dia jer... hehehehee... bile teringat perangai dia mcm2 perasaan ade.. kengkadang geram.. kelakar... sayang... ntahlah dah namanye anak...
skrg dia dah pandai sayang .... kalau mood dier ok .. kalau kite cakap sayang.. dia terus jer cium.. sampai basah2 dikejekannye... selalu akulah jadi mangsa... tp masa memula dia pandai sayang... terharu sangat sebab dia dah belajar sesuatu yang baru...
oklah sambung next episode...

Monday, January 26, 2009

Pengalaman Baru Untuk Tia

Ehmm memang betullah orang cakap manusia ni xpernah puas dengan ape yang dia ada... termasuklah aku...
Bila datang waktu sibukk aku nak waktu yg lapang... bila datang hari yg panas... aku ingin hari hujan... tapi setelah aku pikir2kan... sesungguhnya hidup ini berwarna warni bile hari yang kita lalui sentiasa sama sudah tentu kita akan menjadi bosan...
Semalam satu hari aku xkeluar rumah... bknnye ape dah lama xlepak dengan family... walaupun xbyk aktiviti yg dilakukan di rumah tp aku suka sesekali dapat berkumpul bersama-sama..
Kebetulan Fathiyyah demam semalam tetiba temperature naik.. tp lepas bagi makan ubat n tido dia dah ok.. maybe bingung kot seharian dok umah.. :p tu yang selalu mak aku cakap...
Sebenarnya.. sementara CNY ni.. aku ngan che nafis telah memberi tia satu pengalaman baru hehehehee... kitorang ajak dia g jenjalan naik bas. Lagipun akupun dah lama xnaik bas... Keluar rumah pepagi... singgah kedai jap... beri pesanan penaja kat bebudak pastu tinggalkan keta kat bus stand kulai.. (sbb kalau naik bas dari bandar Tenggara alamatnye dah bleh sampai KL bas xsampai lagi) kendian naik bas gi JB City Square.. hehehehe
yang kelakarnye tia punyelah teruja xberenti2 mulut dia bising.. asik dok melekap kat dinding bas jer hehehehe kelakar sangat...
Tapi bile dah letih tido jap isi minyak ( menyusulah ape lagi) .. sib baik che nafis cover kalau x malu jugak sbb tiakan suka selak2 baju mak dia...
dah penat ronda2 kitorang dok lepak cat Roaboi Cafe.. tetiba orang yg pakai costume sempena CNY tuh lalu bagi tia angpow... tgk2 dapat 4kpg wang emas hehehehe coklat jer... oklah tuh...
Bile dah penat pusing2 kitorang pun balik tp dah tak naik bas... sebab pegi sekali ngan Auntie Cay balik ngan kawan dia.. Diorg dropkan kat Bus Stand Kulai ambik keta n balik singgah kedai.. masa tuh anak dara aku dah lena diulit mimpi...
Bila malam menjelma, terpaksalah aku jumpa pak dukun ku kerana kakiku telah sakit hehehehee... che nafislah sape lagi... Sib baik dia rajin urutkan kakiku yg penat disebabkan tia xnak dok dalam Carrier (beg kanggaro tuh) tensen aku....

Tuesday, December 30, 2008

layan gambar masa holiday







holiday ker? xpun beria2 just blk klang... buat mkn2.... on the way blk singgah kat taman saujana impian kat hulu langat just nak lepaskan hajat seseorang nk tgk kl waktu mlm dr atas bukit.. ehmmm ikutkanlah....



Tia dalam ngantuk2 sempat bg pose

Tuesday, December 23, 2008

Busy before holiday

bznye xleh nak ckp sebab tuh xsempat nak update blog ni. dah brape hari bz maklumlah dah nak naik skolah. mk bapak sibuk cari brg sekolah. mudah2an rezeki aku melimpah ruah.... Amin.
Semua benda nak kena settle b4 esok coz esok nak blk klang... dah lama xblk, sian plak kat mother in law aku, dah lm xjumpa tia.
arini aku g bwk tia g doctor. doctor tu auw2. bak kata husband aku cam jason cerita 'Fara' tp nicelah soft spoken. tia cam biasalah walaupun demam tetap lasak. tp bagus skrg dah xkuat nangis cuma 2 3 hr ni xsihat bdn. kena cirit birit. sian plak. akupun xtau nape. tp aritu dia nangis2 nak mkn soto mungkin 2 yg sebabkan dia cirit birit. sori tia.... hope u'll better soon.
luv u. Auntie Cay tunggu we all. see u tomorrow.

Monday, December 15, 2008

kelahiran tia



ni gambar fathiyyah 2hari, macam xcaya je aku dah ade anak... mcm kcik lagi jer (akupun memang xbeso2). Tapi aku rasa memang pengalaman yang takleh dilupakan. Alhamdulillah bersalinkan tia agak senang, kejap je sakit 2jam lepas tuh ehh dah lahir. yang lucunya superman aku masuk kat labor room, kira 2gether2 ngan nurse2 yang ade kat dalam tuh beri moral support kat aku. yg kelakarnye aku bleh nak tgelak sebab teringat cite dakolin dakossi yang part dia kena b**ak2 tuh hehehehe. Apelah aku nikan. pastuh aku cam dah xckp nafas akupun bleh ckp "kejap2 xcukup nafas". nasib baiklah baby xlemas sebab cam dia dah tmasuk balikkan. eee ngerinya aku bile teringat camtuh.

Tepat azan asar kul 4.47p.m baby yang aku panggil adam masa dalam perutpun lahir dengan jantina pompuan hehehehe ingat adam rupenye hawa. buat pertama kalinya aku rasa teruja sgt nak menyusukan bb aku.

Sunday, December 14, 2008



ni gambar tia main kat kaki ayah masa teman ibu g dentist. muka tension je sebab ngantuk. ibu lama sgt g treatment.