Follow Me

Saturday, February 28, 2009

Ayat-ayat cinta......


Pada mulanya aku ingat buku ini berkenaan dengan ayat - ayat cinta yang dibukukan.. rupa-rupanya sangkaanku meleset sekali... Buku ni dah lama aku beli tp xberkesempatan untuk membacanya kerana aku agak kurang teruja....Filem ayat-ayat cintapun aku xberkesempatan untuk menontonnya waktu ia ditayangkan di dalam TV.. so, tanpa apa-apa idea tentang ayat-ayat cinta.. aku membaca cerita ini...
Cerita ini membuatkan aku jatuh cinta kepada Fahri... lelaki Indonesia yang belajar di Al-Azhar.. yang tekun.. yang pandai merencanakan kehidupannya.. dan yang paling penting pegangan agamanya... Aku menangis tatkala Noura memfitnah Fahri atas tuduhan merogolnya... dan aku terpaku dengan keikhlasan hati Aisha yang merelakan Fahri mengahwini Maria, gadis koptik hanya semata-mata untuk menghalalkan mereka untuk berpegangan tangan... Ya Allah... betapa mulianya hati Aisha.. terfikir aku bolehkah aku jadi semulia Aisha andaikata satu hari nanti berlaku begitu... mudah-mudahan tidak berlaku kerana aku xboleh mengawal perasaan cemburu seperti Aisha...
Cerita ini digarap dengan begitu santai...walaupun ia tergolong dalam kategori buku dakwah... ini adalah buku yang menyentuh perasaan.. bukan seperti buku-buku cinta yang lain.. maksud aku.. perasaan cinta kepada Pencipta dikala lambakan novel-novel cinta dipasaran...
Buku yang mesti dimiliki... untuk kita merasa kelainan...

3 comments:

Qimy said...

layan jiwang.....:p

sitinurulhawa said...

qim, ini bukan jiwang sebarang jiwang la.. hehe. buku ni sebenarnya manual untuk orang yg bercinta atau berumah tangga. terpulanglah pada org yg baca. dpt ke tak isi nya.

rehan, filemnya tak mcm buku. terseleweng skit. pelakonnya pon badut2 yang lebih bedak dari Nur hehe. Ko dpt tangkap tak apa maksud ayat2 cinta tu? kalau tak dpt baca blk bab yg akhir. ayat2 cinta maksud dlm buku ni ialah ayat2 Quran atau lebih spesific surah maryam. dan sisi buku ni yang ramai org terlepas pandang ialah cerita tentang maria mencari cinta penciptanya tapi terbias pada fahri. sekian ;)

dhan said...

aah awa dah last tuh baru aku tau kenapa buku ni diberi tajuk ayat2 cinta itupun kat bab yg last... ingatkan sbb byk puisi cinta hahahaha