Sekadar Renungan Bersama......
REMAJA hari ini berhadapan cabaran hidup semakin rencam dan membimbangkan berbanding kehidupan dilalui ibu bapa mereka. Peredaran dan perubahan zaman yang semakin pantas menjadikan trend dan kehendak mereka menjurus kepada gaya hidup yang tidak sesuai dengan budaya Timur.
Apa yang berlaku di Barat mudah tersebar ke seluruh dunia dengan kecanggihan dan teknologi seperti Internet dan kemudahan ICT.Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak kerana globalisasi menjadikan dunia semakin kecil dan segala kemungkinan boleh berlaku jika tidak dipantau dan dikawal sebaiknya.Di Britain umpamanya, ramai gadis muda di sana mengakui mereka mengalami masalah kesihatan mental akibat tekanan supaya membesar lebih cepat sebelum masanya.
Kajian Girlguiding UK mendapati remaja di bawah usia 14 tahun percaya pengaruh majalah, laman web dan rakan yang memberitahu mereka kelihatan dan bertindak secara seksual menjadikan mereka tidak gembira, malah mendorong sebahagiannya mencederakan diri sendiri dan mengalami masalah pemakanan.
Remaja di sana berasa diri mereka teruk selepas melihat gambar model atau bintang pop popular dan ramai berasa wajib memakai pakaian yang membuatkan mereka kelihatan lebih berusia, menghilangkan berat badan, mengenakan mekap malah ada yang mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan plastik.Sementara itu, ada juga yang tertekan untuk memiliki wang bagi membeli fesyen terbaru dan peralatan seperti iPod dan telefon bimbit.
Kajian Girlguiding UK mendapati remaja di bawah usia 14 tahun percaya pengaruh majalah, laman web dan rakan yang memberitahu mereka kelihatan dan bertindak secara seksual menjadikan mereka tidak gembira, malah mendorong sebahagiannya mencederakan diri sendiri dan mengalami masalah pemakanan.
Remaja di sana berasa diri mereka teruk selepas melihat gambar model atau bintang pop popular dan ramai berasa wajib memakai pakaian yang membuatkan mereka kelihatan lebih berusia, menghilangkan berat badan, mengenakan mekap malah ada yang mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan plastik.Sementara itu, ada juga yang tertekan untuk memiliki wang bagi membeli fesyen terbaru dan peralatan seperti iPod dan telefon bimbit.
Senario seperti ini menular di kalangan anak muda sebagai budaya popular dan inilah sebenarnya liberalisasi Barat berlaku di negara kita sejak sekian lama.Lambakan iklan dan promosi barangan keperluan di TV, Internet dan majalah khusus untuk kanak-kanak seperti alat mekap serta pakaian dengan jenama serta harga yang mahal sangat membimbangkan.
Ketika ini terdapat iklan di stesen TV tempatan yang menunjukkan bagaimana model kanak-kanak bangga menunjuk dan mempromosikan alat solekan serta pakaian mahal.Keadaan ini menjadikan kanak-kanak seolah-olah diajar dan digalakkan menggunakan produk yang tidak perlu dan perkara ini membebankan ibu bapa dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat.Ini kerana pengaruh iklan dan kawan sangat kuat dan ibu bapa perlu lebih proaktif menerangkan perkara sebenar kepada anak keperluan itu.
Masalah tekanan emosi yang melanda kanak-kanak juga semakin menular dan tidak terkawal. Apa yang berlaku kepada keluarga Sufiah Yusof di United Kingdom (UK) sehingga mengemparkan seluruh dunia wajar menjadi iktibar.Ini membuktikan bagaimana situasi ini boleh berlaku di luar kehendak apabila seorang kanak-kanak terpaksa bersaing di universiti dalam usia terlalu muda dengan kelompok bukan sebaya walaupun Sufiah manusia genius.
Kajian berkaitan juga berpendapat gadis dan wanita muda di Barat dipaksa membesar pada tahap tidak normal dalam masyarakat dan merosakkan emosi mereka.Justeru, semua pihak bertanggungjawab membetulkan keadaan ini dan perlu menangani punca kesukaran yang dihadapi remaja sekarang.
Ini adalah realiti yang sedang berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia apabila anak kecil terpaksa bersaing sesama sendiri seawal usia empat tahun dan diajar untuk cemerlang dalam peperiksaan ketika di taman asuhan lagi.Jika 20 tahun dahulu seorang kanak-kanak seawal usia empat tahun boleh membaca dianggap cerdik, tetapi kini kebolehan membaca, mengira, mengeja, menggunakan komputer dan bertutur dalam pelbagai bahasa pada usia itu dianggap perkara biasa.Kanak-kanak hari ini menjadi semakin bijak dengan kemudahan dan sistem pembelajaran berkesan yang disediakan. Namun, dalam laporan antarabangsa lain menyatakan kebergantungan kepada komputer dan terlalu sedikit membuat kerja menggunakan tangan boleh menyebabkan kehilangan skil kraftangan dan intelektual kanak-kanak.Kajian perubatan mendapati, aktiviti praktikal bukan saja berkesan merangsang bahagian otak tetapi 'senaman' untuk mengukuhkan kaitan saraf.Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu kreatif dan inovatif membimbing kanak-kanak menjalani latihan praktikal seperti pertukangan, pemasangan dan berkebun, bukan membiarkan mereka leka bermain komputer di rumah.
Laporan berkenaan jika diteliti boleh meningkatkan kebimbangan pelbagai pihak berhubung keghairahan sekolah hari ini mengurangkan aktiviti praktikal seperti skil menggunakan kayu, logam, kraftangan dan mekanik.Di rumah, kanak-kanak lebih berkemungkinan banyak menghabiskan masa di depan komputer dan telefon bimbit daripada menggunakan kotak peralatan kerja.Ada alasan saraf dan kognitif mengapa kanak-kanak perlu berpengalaman menggunakan tangan dalam elemen kehidupan seharian mereka. Kajian mendapati, kanak-kanak yang menggunakan tangan lebih pintar.
Dalam satu kajian di Britain mendapati, satu daripada 10 kanak-kanak berbual lucah secara online sama ada melayari Internet atau telefon bimbit. Ia menunjukkan bagaimana remaja Britain yang semakin celik teknologi berbanding rakan sebaya mereka di Amerika Syarikat dikatakan selalu berbohong kepada ibu bapa untuk memasuki laman web yang tidak sesuai dan berbual dengan orang asing.Hakikat ini jika tidak dipantau pihak berwajib boleh meracuni pemikiran mereka serta memberi kesan negatif kepada proses perkembangan semula jadi kanak-kanak.
Laporan Mobile Life, menyatakan 11 peratus remaja berusia 11 hingga 18 tahun berbual lucah secara online, manakala 28 peratus mengaku melayari laman web lucah.Ramai berpura-pura melakukan kerja rumah sedangkan mereka sebenarnya melayari Internet, dengan 49 peratus mengaku mereka menipu ibu bapa mengenai apa yang dilakukan secara online.Laporan yang dikumpulkan hasil tinjauan ke atas 6,000 penduduk, menganalisis perbezaan antara remaja Amerika dan Britain.Didapati, 53 peratus remaja Britain berkomunikasi menerusi kamera web, sesuatu yang cuma dilakukan 18 peratus rakan mereka di Amerika Syarikat. Realiti ini mungkin berlaku di kalangan kanak-kanak di Malaysia memandangkan mereka kini celik komputer selain pelbagai kemudahan termasuk kewujudan pusat siber di seluruh negara.Kesimpulannya, bagi menangani fenomena ini, aspek etika, akhlak dan pendidikan agama sangat penting bagi menjadi benteng kehidupan seharian.
(Artikel dipetik dari metro online)
Oleh Mohamad Sofee Razakrencana@hmetro.com.my
Fikirkanlah apa yg terbaik untuk anak-anak kita... kerana cabaran ibu bapa hari ini adalah lebuh berat... bukan sahaja kita berdepan dgn masalah sosial sahaja.. masalah manusia dengan manusia tetapi juga masalah yg dibawa oleh arus pemodenan.... Allahualam...
7 comments:
Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa di zaman serba moden ini. Terlalu banyak cabaran dan pesaing bagi ibu bapa; televisyen, rakan-rakan dan pengaruh persekitaran. Anak-anak seolah-olah menjadi lebih bijak, bahkan menjadi lebih berani bertindak berbanding ibu bapa mereka sendiri.
Menghadapi situasi seperti ini ibu bapa perlu lebih bijak dan arif. Tentunya ibu bapa perlu berubah seiring dengan peredaran zaman.
Kejayaan Luqman al-Hakim dalam menjadi seorang ayah yang cemerlang seperti yang diceritakan dalam Al-Quran boleh menjadi model terbaik untuk diikuti oleh setiap ibu bapa.
Segala puji bagi Allah SWT, sholawat serta salam semoga tetap terlimpahkan kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW, shahabat, keluarga serta orang-orang yang masih berittiba' (mengikuti) kepada beliau sampai hari kiamat.
Maka disini diangkat 10 nasihat Luqman Al-Hakim kepada Putranya yang penuh dengan hikmah bagi kita semua.
1. Tidak menyekutukan Allah
2. Berbuat baik kepada kedua orang tua.
3. Ketaatan kepada kedua orang tua
4. Mengikuti jalan orang-orang yang kembali kepada Allah SWT
5. Allah akan membalas semua perbuatan manusia.
6. Menegakkan sholat.
7. Amar Ma'ruf nahi Munkar.
8. Bersabar terhadap apa yang menimpa kita.
9. Tidak Menyombongkan diri
10. Bersikap pertengahan dalam segala hal dan berakhlaq yang baik.
saya setuju dgn kak zara... memang cabaran ibu bapa sekrang lebih mencabar...
yang penting kita kena kembali pada ajaran agama... InsyaAllah kita boleh menghadapinya.. Amin
rehan for the sharing
aiya ni yg takut ada anak dara ni..huhu..
cabaran membesarkan anak zaman skang nie memang tinggi.....nak lepaskan anak main outdoor, takut kena culik...bila simpan anak dalam rumah..dia main komputer atau tengok vcd plak..pastu, anak hphone sorang satu..sebab mak bapak sibuk..alasan senang nak amik anak, tepon ajer bila nak amik and nak tunggu kat mana...anak kecik gini, bolehlah lagih diasuh..tengoklah bila dia dah start sekolah and berkawan..lagihla poning...mak bapaklak sibuk berkerjaya....
Betullah kata pepatah...
Kecil-kecil anak
dah besar jadi onak..
Bak kata Saidina Ummar, didiklah anak kamu sesuai dengan zamannya. Maka, kita sebagai ibu bapa kena upgradekan pengetahuan. Dan mcm kata kak zara Quran dan hadis kena chek selalu supaya kita ada guideline.
memang mai skrg nih xkira knk2 ker org dewasa ker.. bahaya ade dimane2...
k.nik: itulah.. yg penting kita kenaa ikut landasan Islam.. InsyaAllah selamat...
Post a Comment