Akhirnya dapat gak aku habis gak tengok Filem 'Laskar Pelangi' di saluran ABO Astro setelah hampir 3x xabis tgk...
Cerita yang betul2 menyentuh jiwa... cam nak nangispun ada... keperitan mengajar mereka menjadi lebih berusaha untuk hidup...
Kalau dibandingkan dengan kehidupan dan kemudahan persekolahan anak-anak di Malaysia ini kita teramatlah beruntung... mereka... dgn sekolah yang hampir roboh.. nak beli kapurpun terpaksa berhutang.. dahlah jauh.. tapi demi ilmu mereka sanggup bersusah payah...
Kagum dgn semangat cikgu Muslimah dan pengetua mereka.. yang tak berkira dengan gaji mereka demi ilmu anak-anak Belitung...Agaknya berapa ramai cikgu kita yang benar2 ikhlas dalam mendidik anak-anak kita.? Mungkin ada.. tapi aku xpasti nisbahnya.. maklumlah hati orang bukan boleh dibaca...
Jikalau mengikut pengalaman dan pemerhatian aku.. sebenarnya ramai dikalangan cikgu-cikgu muda yg baru graduate xberapa berminat untuk mengajar.. tetapi memandangkan imbuhan gaji cikgu sekarang lumayan berbanding dahulu menyebabkan mereka memilih kerjaya ini... selain daripada faktor susah dapat kerja... setuju ke x? tapi aku harap sangat korang jgn termasuk dlm golongan ini.. biarlah ikhlas ilmu yg dicurahkan itu.. agar berkat dan bermanfaat... kan itu bekalan yang akan dibawa ke akhirat nanti... moga tabah menjadi guru di zaman yang penuh cabaran ini...
1 comment:
salam kak..
Saya pun suka jugak citer laskar pelangi ni. Memang best. Yang paling saya kagum, watak Lintang. Anak pesisir yang gigih menuntut ilmu.
p/s: saya minat nak jadi cikgu...x nak jadi engineer..hehe
Post a Comment