Follow Me

Saturday, June 20, 2009

Lelaki-Lelaki Istimewa dalam Hidupku

Papa Mertua saya bersama adik ipar saya



Che Nafis bersama Ayah, Mak dan Tia....

Merekalah antara lelaki2 istimewa dalam hidup saya.. Tiada kata2 yang dapat menggambarkan betapa saya menyayangi mereka bertiga...

Ayah, adalah lelaki pertama yang kita kenali apabila kita melangkah ke dunia ini.. Pada dialah saya bergantung dan meminta pandangan.. saya adik beradik (terutamanya perempuan) memang manja dengan ayah.. sebab tu kami xboleh kena marah dengan ayah mesti merajuk dan menangis walaupun teguran2 biasa jer..

Walaupun ayah hanya bekerja sebagai Peneroka Felda tapi dia mempunyai pengetahuan am yang tinggi. Ceritalah apa sahaja topik dari hiburan, kartun, politik, sastera hingga ekonomi global dan sukan semuanya dia boleh.. kadang2 malu juga saya sebagai orang muda xsehebat pengetahuannya.. Kata orang, berbaloi kalau ayah beli suratkhabar.. dia akan baca dari kulit ke kulit.. hehehehehhe....

Betapa istimewanya ayah.. SELAMAT HARI BAPA, ayah!!!

Suami saya, MOHD NAFIS memang insan teristimewa..Andai ditakdirkan jodoh saya dan dia tidak panjang, saya memang tidak akan berjumpa lelaki seistimewa dia.. pelbagai pengorbanan yang dia lakukan untuk saya.. Saya benar2 terharu saat saya dalam pantang selepas bersalimkan Fathiyyah.. dialah yang memandikan, mengurut, menyapu param ke badan saya selama 40hari.. Walaupun sibuk urusan di kedai.. dia masih sempat balik untuk menyiapkan saya.. Tia memang beruntung mendapat ayah sepertinya.. kerana dia sanggup melayan kerenah tia yang macam2 tuh (saya? kengkadang memang xterlayan). Terima Kasih Che Nafis kerana banyak membantu Che Dhan selama ni dan pada masa akan datang... SELAMAT HARI BAPA, Che Nafis!!!

Walaupun papa mertua saya ini pendiam sket ngan saya tapi dia seorang yang benar2 bertanggungjawab.. Berulang alik setiap hari sabtu setiap minggu dari Lumut ke Klang merupakan sesuatu perkara yang memenatkan lagi2 di usia emas. Tapi kerana niat untuk bersama keluarga setiap hujung minggu maka papa sanggup berbuat demikian.. itu xtermasuk menyediakan hidangan tengahari pada hari Ahad.. Perghh memang btul2 rajinlah.. Petang Ahad dah nak travel lagi balik Lumut.. Kalau orang lain lom tentu sanggup... Tapi itulah aktiviti papa setiap minggu.. SELAMAT HARI BAPA, Papa!!!!!

2 comments:

zara said...

Demi kasih sayang, seseorang itu sanggup berkorban apa saja. Semoga dhan berbahagia di samping lelaki2 istimewa dalam hidupmu...

dhan said...

Thanks k.zara....