Follow Me

Sunday, May 31, 2009

CINTA ADALAH CINTA by Sarnia Yahya



Sebenarnya dah lama saya berhutang dengan k.sarnia ni... tapi baru sekarang ia mampu dilangsaikan kerana tuntutan kerja dan segala tanggungjawab yang perlu dilunaskan....

Penulis menyuruh saya jujur memberi komen tentang karyanya yang kedua ini selepas Secantik Anugerah... walaupun saya bukanlah orang yang layak untuk memberi komen tapi saya rasa ini adalah suara pembaca yang dahagakan karya2 kreatif dan berkualiti daripada penulis baru dan penulis yang sedia ada..

Bagi saya tajuk yang dipilih oleh penulis adalah simple dan mudah untuk diingati.. mungkin lelaki bermata hijau itu lebih diingati daripada watak heroin dalam cerita ini...

Cerita ini mengisahkan Mas seorang balu yang mempunyai seorang anak perempuan menghadapi konflik dalam hidupnya setelah kematian suaminya diusia yang muda... kerana nilai kasihnya kepada arwah suaminya Hadi, menyebabkan Mas enggan berkahwin lagi walaupun didesak oleh keluarganya. Dalam masa yang sama, hatinya keliru sama ada perlu memilih Syed atau Lutfi yang mirip kepada arwah Hadi dan dipanggil papa oleh Hadirah, puteri tunggalnya.. Dalam situasi ini, Mas lebih memikirkan soal siapa yang dipilih oleh anaknya tanpa mendahulukan perasaannya tetapi dek kerana ketulusan hati Syed, lelaki bermata hijau yang sudah 3 kali menghulurkan lamaran menyebabkan hati Mas berubah. Akhirnya dia mengakui bahawa hatinya telah dicuri oleh Syed Harith.

Bagi saya (sekadar pandangan saya) cerita ini adalah cerita klise yang sering kita tonton dan baca tapi yang membezakannya adalah garapan penulis sama ada berjaya memikat hati pembaca ataupun tidak. Penulis berjaya membawa saya membaca cerita ini sehingga penghujungnya walaupun jam menunjukkan pukul 3 pagi.. Saya suka lenggok ceritanya walaupun klimaksnya agak lambat.. seolah2 saya yang xsabar hendak menghabiskan membacanya walaupun saya dapat meneka penghujung ceritanya. Bagi saya walaupun ini merupakan buku kedua penulis tetapi penulis berjaya membuktikan bahawa penulis adalah berbakat dan mempunyai identitinya tersendiri seperti NB, Rose Harissa, Lily Haslina Nasir, Liana Afiera Malik, Samsiah Mohd Nor dll (sekadar menyebut beberapa nama). Lelaki bermata hijau itu benar-benar sempurna sehingga saya terfikir wujudkah lelaki seperti itu..? hehehehe..saya lebih teruja dgn watak Syed Harith berbanding watak Mastura heheheheehe...

Saya suka buku ini kerana ia buku bacaan ringan tetapi ia sarat dengan realiti kehidupan... Membaca buku ini seolah-olah saya membaca keperibadian penulis yang saya kenali.. seorang yang penuh madah-madah dan ayat - ayat puitis yang membuatkan kita menjadi jiwang seketika.. hehehehe.. (sama seperti blog http://seribuimpian-sarnia.blogspot.com)

Last but not least, saya harap penulis terus maju dan menghasilkan novel-novel yang lebih berkualiti di masa akan datang.. Insya Allah..

1 comment:

SUARA 8 said...

Selamat berblog. JOINlah bisnes STEVICO utk meningkatkan ekonomi keluarga puan.Tkasih.