Follow Me

Sunday, May 31, 2009

CINTA ADALAH CINTA by Sarnia Yahya



Sebenarnya dah lama saya berhutang dengan k.sarnia ni... tapi baru sekarang ia mampu dilangsaikan kerana tuntutan kerja dan segala tanggungjawab yang perlu dilunaskan....

Penulis menyuruh saya jujur memberi komen tentang karyanya yang kedua ini selepas Secantik Anugerah... walaupun saya bukanlah orang yang layak untuk memberi komen tapi saya rasa ini adalah suara pembaca yang dahagakan karya2 kreatif dan berkualiti daripada penulis baru dan penulis yang sedia ada..

Bagi saya tajuk yang dipilih oleh penulis adalah simple dan mudah untuk diingati.. mungkin lelaki bermata hijau itu lebih diingati daripada watak heroin dalam cerita ini...

Cerita ini mengisahkan Mas seorang balu yang mempunyai seorang anak perempuan menghadapi konflik dalam hidupnya setelah kematian suaminya diusia yang muda... kerana nilai kasihnya kepada arwah suaminya Hadi, menyebabkan Mas enggan berkahwin lagi walaupun didesak oleh keluarganya. Dalam masa yang sama, hatinya keliru sama ada perlu memilih Syed atau Lutfi yang mirip kepada arwah Hadi dan dipanggil papa oleh Hadirah, puteri tunggalnya.. Dalam situasi ini, Mas lebih memikirkan soal siapa yang dipilih oleh anaknya tanpa mendahulukan perasaannya tetapi dek kerana ketulusan hati Syed, lelaki bermata hijau yang sudah 3 kali menghulurkan lamaran menyebabkan hati Mas berubah. Akhirnya dia mengakui bahawa hatinya telah dicuri oleh Syed Harith.

Bagi saya (sekadar pandangan saya) cerita ini adalah cerita klise yang sering kita tonton dan baca tapi yang membezakannya adalah garapan penulis sama ada berjaya memikat hati pembaca ataupun tidak. Penulis berjaya membawa saya membaca cerita ini sehingga penghujungnya walaupun jam menunjukkan pukul 3 pagi.. Saya suka lenggok ceritanya walaupun klimaksnya agak lambat.. seolah2 saya yang xsabar hendak menghabiskan membacanya walaupun saya dapat meneka penghujung ceritanya. Bagi saya walaupun ini merupakan buku kedua penulis tetapi penulis berjaya membuktikan bahawa penulis adalah berbakat dan mempunyai identitinya tersendiri seperti NB, Rose Harissa, Lily Haslina Nasir, Liana Afiera Malik, Samsiah Mohd Nor dll (sekadar menyebut beberapa nama). Lelaki bermata hijau itu benar-benar sempurna sehingga saya terfikir wujudkah lelaki seperti itu..? hehehehe..saya lebih teruja dgn watak Syed Harith berbanding watak Mastura heheheheehe...

Saya suka buku ini kerana ia buku bacaan ringan tetapi ia sarat dengan realiti kehidupan... Membaca buku ini seolah-olah saya membaca keperibadian penulis yang saya kenali.. seorang yang penuh madah-madah dan ayat - ayat puitis yang membuatkan kita menjadi jiwang seketika.. hehehehe.. (sama seperti blog http://seribuimpian-sarnia.blogspot.com)

Last but not least, saya harap penulis terus maju dan menghasilkan novel-novel yang lebih berkualiti di masa akan datang.. Insya Allah..

Saturday, May 30, 2009

Akhirnya semuanya selesai....................

Alhamdulillah akhirnya segala-galanya telah selesai.......
Rasanya hampir sebulan saya xdapat nak update blog secara berkala.. banyak info dr blog rakan-rakan yang saya terlepas....
rindu rasanya.... bukannya apa.. saya baru sahaja menukar kepada streamyx.. sblm ni saya guna wireless.. tapi disebabkan bayak sgt problem yang timbul.. saya terpaksa juga pasang streamyx.. so lps ni Insya Allah xde lagi masalah.. Mudah2an.. Amin...
pada geng tetingkap... rindu kamu sume....
Muahhhhs

Thursday, May 14, 2009

Tag yg ke - 6

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Entah ye xingat...
Ini bukanlah ayat pertama tapi ayat yang paling saya ingat...Boleh x jangan merokok kalau keluar dgn saya....

Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.
a) Membuka pintu rumah atau kereta –guna kunci / handphone - call superman suh anto kunci (itupun kalau hp ada bateri)
b) Mencucuk plug soket –benda yang tajam/ pen
c) Simpan air minuman –tumbler / dalam perut (bleh x jawapan ni)
d) Ketika blackout –Lilin / torchlight
e) Meluahkan rasa hati –call kakak / luahkan kat che nafis
f) Siang ikan –pisau / che nafis yang siang
g) Susah hendak buang air besar –Minum air suam / ?????
h) Di mana anda simpankan dokumen penting –che nafis simpan
i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
hahahaha SENDRI MAU INGATLAH...

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku –pengetip kuku /???
k) Melihat waktu –jam hp/ jam tangan
l) Kalau badan terasa panas –mandi / minum
m) Ternampak pencuri –kejar n cekak leher dia (pernah tangkap budak kcik curi rokok kat kdai mak hehehehe)
n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya –gunakan kayu letak chewing gum (tiru dafi lepas minum ayam brand.. hehehehe) / xkuasa memenatkan diri tgk2 duit palsu huhuhuhu
o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk? My Superman / Tia

Trima kasih kerana anda seorang yang penyabar dalam memberi keterangan anda. Sila tag soalan ini kepada rakan-rakan anda apa mereka kata.Nak tag siapa, ya?
Aku calonkan jer tp nak jawab.. jawablah.. takmopun kena jawab... aku kutip utang tau... :p
i.Qim

ii. Teja
iii.Maity
iv.Awa
iv. Chedin

Sunday, May 10, 2009

Tag yang ke- 5

Ini tag dari kakak kita K.Sarnia yang sangat rajin mengetag....

...10 Facts About Me...

1. Peramah
2. Moody
3. Workaholic
4.Sensitif
5. Good Listener
6. Suka baca novel / buku
7. Sayang sangat pada kawan2
8.Suka makan walaupun xleh gemuk
9. Senang nak demam n selsema
10.Shopping is the best therapy bila rasa stress

So, as usual, calon2nya ialah
i. Qim
ii. Maity
iii. Awa
iv. Teja
v. Umie

Selamat menjawab hehehehee

Saturday, May 2, 2009

Apabila Pengorbanan tidak dihargai.....

Apa yang anda semua rasa bila pengorbanan serta keringat dan penat lelah yang dicurahkan tidak dihargai.... ohh tentu rasa badan yang penat.. mata yang letih.. dan segala2nya akan menjadi 2x ganda... itulah yang aku rasakan semalam...
Apabila seseorang yang datang sebagai sahabat dtg meminta tolong untuk menyiapkan kad undangan perkahwinan bagi perkahwinannya yang bakal berlangsung aku terima juga kerana aku amat sayang dgn kawan2ku walaupun tempahan masih banyak dalam senarai kerja.. pada mulanya memang aku rasa macam nak tolak sbb tempahannya banyak.. dan masa yang dia berikan hanya 2minggu.. tp disebabkan bakal pengantin perempuan tu member aku.. aku terima juga selain drpd memang niat ikhlas pada mulanya untuk menolong member.. lagipun budget yang diminta sangat rendah.. just for printing and material shj.. upah kerja mmg aku xambik..
Pada hari mereka datang tu, aku memang dah nampak kecerewetan bakal pengantin lelaki.. kerana dia nak suh che nafis dsign something yang different and tiru dsign pada kad yang dia bawa... (dah xtau dsign tu terima jelah kad yang dah sedia print).. oklah nafis ikutkan jugak.. yang buat aku tambah sket rasa xselesa bila dia tunggu dsign siap dr tghari sampai kul 6ptg.. nak jugak siapkan dsign on the dot... material yang dia nakpun dr kertas yang agak mahal kosnye.. tp xpelahkan..
Korang sume bayangkanlah aku bersengkang mata hingga pkl 4pagi stay kat kedai.. dgn fathiyyah xbleh tdo sbb aku xpeluk dia... dan dia datang dgn muka yang semacam xpuashati dan cakap bolehlah... ARGHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!tensen sangat aku sbb aku hanya print n potong shj tp dsign n jenis material sume dia yang tentukan.. Ya Allah!!! kenapalah lelaki itu yang sahabatku pilih.. aku xnampak sgt the nice attitude yang dia ada... sepanjang aku kenal dia.. dan smlm menguatkan lagi perasaan itu.. tetapi aku doakan yang terbaik utk sahabatku itu.. Amin...