Follow Me

Friday, July 31, 2009

Terimalah Hakikat


Terimalah hakikat bahawa aku memang seorang yg susah untuk berubah..
Terimalah hakikat bahawa aku ini seorang yang lantang menyuarakan pendapat..
Terimalah hakikat bahawa aku nampak kuat tapi jiwaku sangat rapuh...
Terimalah hakikat aku ingin pengertianmu...
Terimalah hakikat bahawa apa yang ku buat ini adalah untuk mempertahankan sebuah harga diri..
Terimalah hakikat bahawa aku tak ingin melihat anak bangsaku lalai dan cuai...
Terimalah hakikat bahawa apa yang ku buat ini kerana aku ingin berjaya...
Terimalah hakikat bahawa aku sayang kamu dan mereka semua...

Tapi...

Jika kamu tidak dapat menerima hakikat ini..

Aku tidak dapat berbuat apa-apa...kerana satu hari nanti kamu semua akan faham hakikat sebenarnya...

Bagiku tiada siapa yang boleh memperkotak katikkan maruahku krn aku manusia biasa yang ada harga diri...

Aku tidak marah kamu dan mereka...jika kamu semua tidak memahami diriku.. sebab aku ini orang yg bervisi.. selagi ada peluang.. selagi ada nyawa.. selagi ALLAH mengizinkan aku akan terus berjuang.... kerana ini adalah titik tolak kehidupanku...

Emosi Aku

Emosi aku pagi2 baca metro klik sini
kes ni dah 5 tahun lepas berlaku, tapi belum jatuh2 hukum... bayangkanlah kalau kanak-kanak tuh hidup tentu sudah pergi sekolah.. macam2 jenis manusia yang ada di mukabumi Allah ni.. sehinggakan tergamak membunuh nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
Mungkin normallah kalau anak nakal, kita mencubit mereka..akupun kadang2 mencubit Tia.. tetapi masakan dicubit atau terjatuh boleh menyebabkan hati dan usus kecil pecah..
aduh!! betapa menderitanya sikecil itu..
Aku berharap sangat si pendera itu dapat dijatuhkan hukuman sewajarnya, agar nasib si kecil itu terbela...
Tetiba terfikir sejenak... Orang cakap anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibu bapanya dipintu syurga.. tapi kalau ibu bapa yg menyebabkan kematiannya atau membunuhnya.. agak2 dia tunggu tak..? Allahualam...


Thursday, July 30, 2009

Bantu Saya Membuat Keputusan

aku tertarik apabila membaca artikel ini klik sini
aku sebenarnya dalam dilema.. korang taukan aku menyusukan tia.. sekarang tia dah berumur 1thn 3bln dan semakin kuat menyusu.. kengkadang aku rasa cam dia buat cam minum air kotak.. minum sket.. borak2 .. tgk sana sini.. cakap2.. pastu sedut lagi.. kengkadang hangin gak aku.. kengkadang kelakar dengan kerenahnya..
Masalahnya sekarang ialah.. bulan depan dah masuk bulan puasa.. tahun lepas je dekat 7hari aku tuang puasa sebab tak tahan.. maklumlah badan aku ni dahlah 'kuruih' dia sekali sedut terus kering ngan kulit2 sekali... aku dahlah jenis spesies yg kuat makan.. huwaa... aku memang azam tahun ni nak posa penuh.. dan dalam masa yang sama tak abaikan keperluan dia.. memanglah umur cam tia tuh sepatutnya dah makan.. dan minum susu formula.. makan oklah selera cam orang tua.. madang western2 je dia mau.. huhuhu.. tpi tang susu memang dia cari cap mak dia juga...
Apa ek aku nak buat.. takkan aku sanggup nak biar dia melalak sepanjang hari.. kalau ada idea sharelah ngan aku.. aku memang buntu nih...

Saturday, July 25, 2009

Patutlah....


Akhirnya aku mengetahui punca sebenar kesakitan tia.. yang menyebabkan dia menangis sepanjang masa... Rupa-rupanya tia nak tumbuh gigi geraham.. bukan satu, bukan dua.. tapi empat batang sekaligus.. atas, bawah, kiri, kanan.. patutlah dia xmo makan.. menolak semua mknan yang masuk dalam mulutnya.. Patutlah dia asik nak menyusu dan berkepit saja ngan aku dan aku terpaksalah bukak kafe 24jam.. rupa2nya dia lapar.. patutlah dia asik nak menggigit semua orang macam drakula kcik.. rupa2nya gusi dia gatal.. patutlah dia xmo tido dlm buai.. sbb dia dalam kesakitan...

Kesian tia.. orang tumbuh satu2 gigi.. awak tumbuh sekaligus.. xpelah nanti awak lagi cepat dapat mkn dengan banyak.. dapat gigit ayam... hehehehe.. bila selera makan bertambah.. berat badan bleh naik.. xdelah awak punya berat badan di bawah PAR.. hahaha tetiap bulan kena gi klinik...Ibu tau awak mesti rasa xselesa.. tapi ia akan kembali normal jangan menangis lagi ye sayang.....

Friday, July 24, 2009

Award From Adik

a) Copy badge "Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda
-Passed-

b)Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
-Seseorang yang saya panggil Adik-Belajar kat Penang-Asal N9-Bakal Jurutera Islam yang berjaya-Anak sulung dalam keluarga-Still single n available (sangat sesuai sbg calon Adik Ipar / menantu) ^_^-

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.
-Dah kahwin-Ada seorang anak pompuan bernama Nur Fathiyyah-Hobi membaca-Bekerja sendiri-Bershopping boleh menghilangkan stress-Takut pakai contact lens walaupun xsuka pakai cermin mata-Rindu nak tgk wayang :p- Rindu nak g dating-Minat sangat kat Johnny Depp dan Richard Gere-Suka kat suara Akim AF7-

d)yang akan ditag seterusnya
-k.zara-umie-k.sarnia-azie-