Follow Me

Monday, January 4, 2010

Adakah Tia Berilusi?

Perkara ini telah hampir 2 minggu terjadi.. tetapi sekarang ni baru sempat nak kongsi bersama korang..
Ntah ye susah nak mempercayainya.. tetapi ini yang terjadi kepada aku..
Satu petang aku hendak mandikan Tia kat kedai.. seperti biasa aku pimpin tangan dia.. dia biasalah teruja nak main air dgn mulutnya yang bising tuh.. tetiba dia terpaku.. dan muka ketakutan sambil memeluk kakiku kuat2.. akupun pelik.. dia langsung xnak tengok ke arah tingkap kecil dalam bilik air tu..
Tia langsung xnak main air.. aku tanya dia " tia nape?" dia diam jer sambil menjeling2 ke arah tingkap itu..
Setelah selesai memandikannya.. aku membawa dia ke bilik dan menyiapkannya.. tiba-tiba dia bercakap" ibu.. akut.. ada antu.." aku tanya " kat ner?" kat ane.. sambil menunjuk ke arah bilik air..
sejak itu.. dia xnak masuk bilik air tu.. nasib ada satu lagi bilik air.. setiap kali aku bawa dia ke bilik air.. dia akan berhenti di dpn pintu bilik air yg kononnya berhantu dan melihat ke arah tingkap itu.. dan berkata " nak mandi ane..sambil pergi ke bilik air satu lagi..
akupun keliru adakah memang wujud hantu disitu atau hanya bayangan sesuatu yg tia takut.. tetapi kenyataan tia menyebabkan semua staff aku takut nak masuk tandas pada waktu malam.. ehmm macam2..

Sunday, January 3, 2010

'Pisah Susu'

Aku ni dalam usaha nak pisahkan susu tia.. bukannya apa tia dah nak masuk 2 tahun dah.. cuma hati aku ni xberapa kuat.. sian gak pikir2 dia tuh xminum susu formula.. kengkadang kelakar gak sebab dia wat aku cam botol air bgerak dia.. xkira kat ner kalo nak tuh ehmmm.. xleh nak ckp TIDAK..
tapi aku memang dah nekad walau camnepun sblm dia genap dua thn aku nak pisahkan gak.. lagipun aku rasa air susu aku pun mmg xbanyak lagi dah..
Aku rasa aku mmglah rasa kuat sket semangat tapi che nafis tuh lagi sayu kalo pasal tia.. anak ayahlah katakan.. tapi kitorang dah bincang benda ni dan setuju tuk tia berenti menyusu badan... mudah2an berjaya.. :)

Friday, January 1, 2010

Selamat Datang 2010

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2010.. tapi bagi aku penduduk Johor ni.. kedatangan Tahun Baru xde apa yang istimewanya berbanding tahun Hijrah.. Mungkin sebab Johor xcuti kot.. dan segala urusan berjalan seperti biasa... so, xdelah meriahnya.. berbanding menunggu kedatangan Awal Muharram dimana Kita sebagai umat Islam menunggu saat untuk membaca doa Awal & Akhir tahun bagi memohon keampunan dari Allah atas segala kesilapan yang kita lakukan sepanjang tahun...
Apa yang membezakannya aku mempunyai pelbagai azam sama ada kedatangan Hijrah ataupun Tahun baru ini.. Semoga aku akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Tuhan kurniakan selama ini.. serta semakin success dalam segala urusan yang aku lakukan.. Amin...
Biasanya, segala impian aku hanya separuh sahaja yang telah terlaksana dan seperti biasa.. azam itu aku forwardkan untuk tahun ini...
So.. Apa Azam korang untuk tahun ini..?

Tuesday, December 29, 2009

I'm Back

Setelah sekian lama xmenulis di blog ini.. aku jadi buntu...
xtau nak tulis ape.. hehehehe.. sebenarnya rindu menggebu-gebu nak menulis..tetapi dengan bermacam-macam hal yg timbul dan kesibukan melayan kerenah tia yang semakin aktif dan lasak..aku korbankan masa untuk menulis di blog.. tambahan pula cuti sekolah.. time berehat panjang sedikit daripada biasa hehehehe...

Dalam tempoh 2 bulan ni.. macam2 yg berlaku.. kesibukan yg membuatkan aku puas dgn hidup ini.. kesedihan dan keperitan yg menjadikan aku lebih kuat dan tabah... kesengsaraan yg mendekatkan aku dengan Maha Pencipta.. semuanya aku rasakan dalam tempoh ini...

Terima kasih buat kengkawan yg bertanya khabar...Doa kalian buat aku terharu... Semoga hubungan yg terjalin ini akan berterusan hendaknya...



Tuesday, November 3, 2009

Waktu yang Perit

Lamanya xmenulis... bergosip.. rindunya dgn kawan2... terasa banyak yang tertinggal...
Sebenarnya bukan sengaja xmenulis.. tetapi lepas raya macam2 masalah yang timbul... dugaan..

Bila dah lama xbukak blog.. xbukak facebook...banyak citer yang xtau...Sebenarnya aku tetiba diserang penyakit yang ntah apa puncanya dan xtau apa ubatnya... xtaulah penyait tu datang berturut2 lepas marghrib... bile kena badan jadi seram sejuk dan lemah.. sampai xleh nak jalan.. aku lepak jelah kat umah.. sok pagi blehlah keje cam biasa.. (sebenarnya buat2 sihat)....

Selang beberapa minggu, penyakit yang bertepek kat kaki aku tuh mula menunjukkan belang... membengkak.. menanah.. sampai xleh jalan... sentiasa kena pakai kasut.. kalau pakai selipar alamatnya memang xleh bergerak... air mata yang kuar jangan cakaplah... Dugaan ni datang pada waktu aku benar2 hilang arah... ntah mungkin dalam proses menyucikan dosa...

Buat kawan2 doakan aku sentiasa sihat... moga aku terus tabah menjalani hidup ini.. Amin